Tiada rahsia antara kau dan Dia

“Tidak ada daun yang gugur yang tidak diketahuiNya.” (6:59)

Semalam yang berlalu takkan bisa diputar kembali…tiada istilah mengulang semula hari semalam atau hari-hari sebelumnya…tiada bicara berpatah semula pada saat waktu yang sudah berlalu pergi…saat itu akan terus bergerak dan bergerak hatta tiada insan yang menghitung atau mengira seberapa cepat atau lambat ia bergerak…

Hidup dan kehidupan…cukup sinonim dengan keindahan dan keseronokan…teringat ketika usia masih setahun jagung di alam persekolahan…bila ditanya apakah cita-cita anda, pasti persoalan itu rata-ratanya dijawab dengan jawapan untuk menjadi orang yang berjaya…ingin menjadi seorang doktor, pensyarah, jurutera dan sebagainya walaupun masih kurang mengerti akan profession yang diutarakan..sekadar merasa itulah kerjaya yang menjanjikan kesenangan dan kemudahan pada usia mendatang…aneh rasanya andai ketika itu ada yang berkata ingin gagal atau hidup tanpa pekerjaan…

Kenyataan ini tiada komplikasinya andai diri masih dalam batas dan kawalan iman dan taqwa…sedangkan Allah juga menyuruh seorang mukmin itu menuju satu fasa yang tertinggi dalam kehidupannya iaitu pentas kejayaan…berjaya di dunia sebagai seorang mukmin yang diredhaiNya dan berjaya disana dengan syurga sebagai tempat kekalnya…indah dan sukacita itu adalah fitrah buat seorang insan bergelar manusia.

Dalam keazaman dan keghairahan untuk mengotakan kota impian, kerap kali bertamu angin dan ribut sebagai dugaan dalam menduga kekuatan dan ketabahan si pereka…bukan mudah untuk menempatkan diri dalam arena kegemilangan tanpa sekelumit usaha dan ketaatan yang tidak berbelah bahagi pada pemberi kecemerlangan itu…tapi, ada juga insan yang kadang-kadang alpa bahawa setiap saat manis dalam kehidupan yang dikecapi mereka adalah atas ketentuanNya…lantaran itu, diri terus dihanyutkan dalam arus yang tidak sepatutnya..hingga merasa bahawa kejayaan yang dimiliki adalah atas daya dan kemampuan yang ada…sampai ada ketika menghalalkan cara kendatipun ianya bertentangan dengan apa yang disuruh..

Sesungguhnya,setiap apa yang diperbuat ada ‘transaction history’nya…setiap saat dan ketika dicatat debit atau kredit baik atau buruk amalnya…direkod sama ada bertambah atau berkurang pahala dan dosanya…ringkasnya, setiap sudut pergerakan, pendengaran, penglihatan, perkataaan, apa yang dipakai , apa yang dimakan dan diminum, sama ada dalam jaga atau lena, rasa dalam hati, bayangan dalam benak fikiran dan segala apa yang berlaku dalam alam ini diketahuiNya…tiada apa yang tersembunyi walaupun sekecil-kecil microbacteria yang ingin disorokkan…
Ingatlah dan selalulah beringat dan memperingati bahawa
tiada rahsia antara kau dan Dia…

“Dan rahsiakanlah perkataanmu atau nyatakanlah. Sungguh, Dia Maha Mengetahui segala isi hati.Apakah (pantas) Allah yang menciptakan itu tidak mengetahui? Dan Dia Mahahalus, Maha Mengetahui.”(Al-Mulk: 13-14)


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: