Monthly Archives: June 2010

Hendak seribu daya tak nak seribu dalih…

dari web isma australia…

Diari KuSe ku- 11 May 2010 (KuSe=Kuliah Selasa)

Alhamdulillah, atas kudrat dan iradahNya, dapat juga aku memulakan diari KuSe ku. Walaupun sudah berlalu hampir separuh tahun 2010, tapi aku yakin, lebih baik bermula sekarang daripada terus membiarkan cita-cita ku ini terkubur.

Dalam kegelapan malam, kakiku melangkah kearah Pelham Musolla, Melbourne pada malam selasa 11 May 2010. Berdebar hatiku memikirkan berapa ramaikah yang akan menghadiri kuliah selasa kali ini. Alhamdulillah Allah teguhkan hati ku dengan mengingatkan aku, Dia yang Memilih jiwa-jiwa bersih mana yang Dia ingin untuk bersama-sama dalam majlis ilmu malam ini.

Nak seribu daya, tak mahu seribu dalih…

Itu yang dapat aku simpulkan dari tajuk Kuliah Selasa kali itu. JIDDIYAH. KESUNGGUHAN. Suatu sifat kurniaan Allah kepada hamba-hambaNya yang berhati cekal (teringat daku kepada seorang adik ni yang aku beri ‘nicknamed’ adik-yang-berhati-cekal J Rindu dengan adik ini).

Adakah kau tahu apa itu Kesungguhan a.k.a Jiddiyah?

Pernah dengar kata-kata Man jadda wa jadda? Ia bermaksud sesiapa yang bersungguh, dia yang akan mendapatkannya. Jiddiyah ini bukan sekadar bermaksud bersungguh, tapi ia terdiri daripada 4 komponen seperti di bawah

1) Bersungguh dalam melaksanakan perintah syariat – ini termasuklah dalam menuntut ilmu.

2) Telus, gigih dan bersungguh-sungguh tanpa putus asa – makanya tiada istilah keluhan dalam bersungguh-sungguh. Tak match la!

3) Dia mengeluarkan segala kemampuan yang dia ada- bukan sekadar melepaskan batuk di tangga.

4) Dia dengan segala usaha yang ada akan mengatasi rintangan- kiranya kalau ada obstacles dalam perjalanan, ia tidak akan mematahkan semangatnya dalam terus berjuang.

Sangat tersentuh apabila pentazkirah quote ayat 12 surah Maryam (19)

« Ya Yahya hudzil kitaaba bi QUWWAH»

‘Ya (Nabi) Yahya! Ambillah (pelajarilah) Kitab (Taurat) itu dengan bersungguh-sungguh’.

Boleh difahami daripada ayat ini, bahawa Allah bilamana Dia Memerintahkan umat ini untuk mengambil dan melaksanakan perintahNya, ia haruslah dilakukan dengan bersungguh-sungguh (noted: Bukan bermain-main ya!).

Dan kalau kita teruskan lagi pembacaan ayat dari surah Maryam ini, kita akan dapati bahawa Nabi Yahya ini diberikan hikmah kenabian sejak dari kecil. Something for us to ponder. Maka kita harus sejak dari kecil lagi bersungguh-sungguh dalam setiap yang kita lakukan. Hmmm, sekarang dah 20 tahun lebih, kalau masih tiada semangat jiddiyah itu, tak tahulah….

Dalam Seerah ada Bekalan…

Sangat suka untuk saya tekankan di sini bahawa BERSUNGGUH-SUNGGUH itu adalah sunnah orang yang berjuang, yang diwarisi sifat itu daripada para Rasul. Bukalah tabiat orang yang sedang berjuang itu untuk dia diam berpeluk tubuh sahaja.

Mari kita renung kembali kata-kata Rasulullah dalam menolak tawaran untuk menjadi pemimpin kepada penduduk Mekah dan juga harta kekayaan yang melimpah ruah dan wanita-wanita yang cantik sebagai ganti untuk MEMBERHENTIKAN DAKWAH ILALLAH

“Andai matahari diletakkan di tangan kiriku dan bulan di tangan kananku, agar aku menghentikan misi ini, sungguh aku tidak akan menghentikannya, hingga agama Allah ini meluas ke segala penjuru atau aku binasa karenanya”.

Menitis air mata mengenangkan perjuangan Baginda Habibullah. Allahuakbar! Hebatnya kesungguhan Baginda Rasul dalam meneruskan amanah Allah kepadanya walaupun terpaksa menolak kesenangan-kesenangan duniawi yang memang memukau mata bagi siapa yang hatinya tidak dipandu cahaya Ilahi. Teringat quote dari buku ‘Pelembut Hati’: Biasakan diri kamu dengan kesenangan-kesenangan yang besar (berusaha untuk mencapai kerehatan di syurga), nescaya diri kamu akan membenci kesenangan yang kecil (membuang masa tanpa hala tujuan, sembang-sembang dan mengumpat etc). Dan kita sebagai umatnya, tidak mahukah kita membentuk diri kita untuk bersungguh-sungguh juga dalam menuntut ilmu kerana Allah dan mengamalkan amal soleh yang diredhaiNya serta menyampaikannya pada orang lain.

Kita soroti satu lagi kisah yang disebut semasa Kuliah Selasa, satu kisah yang sangat menggetarkan hatiku:

Perang Mu’tah adalah perang di zaman Madinah di mana tentera Islam menentang 200,000 pahlawan-pahlawan Romawi. Rasulullah s.a.w. mengamanahkan Zaid b. Harithah untuk menjadi pemegang panji yang pertama. Andai kata Zaid mati syahid, maka Jaafar b Abi Tali mesti terus menegakkan panji perang tersebut. Lalu, andai kata Jaafar juga syahid, maka tugas ini harus diteruskan oleh Abdullah ibn Rawwahah.

Pentingnya untuk mengekalkan panji ini agar terus tegak adalah kerana jika jatuhnya panji perang sesuatu pihak, maka akan jatuhlah semangat tenteranya dan kalahlah mereka. Betapa besarnya tugas yang dikemban tiga orang pemuda ini. Seperti yang kita tahu, setelah Zaid b Harithah syahid, panji terus disambar oleh Jaafar. Maka, berbondong-bondong tentera Romawi mengasak Jaafar agar dia juga syahid menyembah bumi. Bila tangan kanan Jaafar dicantas, maka atas KEKUATAN IMAN dan KESUNGGUHANNYA MEMEGANG AMANAH RASULULLAH, terus disambut panji itu dengan tangan kirinya. Bila tentera Rom berjaya mencantas tangan kirinya, apakah yang Jaafar lakukan? Menangis teresak-esak dan berkata

‘Sudahlah, I tak mau teruskan lagi…’?

Allahu akbar, malah Jaafar terus memegang panji dengan bahagian atas tangan-tangannya yang tinggal kudung. Malah, ketika dia dipanah yang menyebabkan kesyahidannya, panji ini masih berdiri tegak dan disambar Abdullah ibn Rawahah yang kemudiannya turut jatuh syahid.

Sangat bergetar hatiku membayangkan kesungguhan mereka. Lantas hatiku menjerit:

WAHAI RIJAL UMAT INI! Bangunlah kalian dari tidur kalian. Sedarlah yang kita selama ini telah dilalaikan oleh dunia! Sedarlah kalian dan bangunlah untuk sama-sama kita hidupkan kembali kegemilangan umat ini…. Bersungguhlah kerana kita akan ditanya kelak oleh Allah ke manakah hidup ini telah kita gunakan untuk mencari redhaNya.

Ya saya faham. Jadi bagaimana untuk bersungguh-sungguh?

Mungkin kisah di atas kelihatan sangat ideal. Akan tetapi, yakinlah bahawa diri anda juga mampu menjadi sehebat mereka kerana anda juga seorang manusia. Jawapannya adalah

i- Faham kenapa kita kena bersungguh. Ha, kenapa? Sebab kita ingin mencari redhaNya. Siapa yang bersungguh mencari redha Allah, dialah yang akan mendapat redha Alah yang paling tinggi. Tidak kita mahu dan sangat mendambakan untuk menjadi orang yang Allah sebut-sebut dalam Al-Quran:

“ Wahai jiwa yang tenang! Kembalilah kamu dengan hati yang redha dan diredhaiNya. Maka masuklah ke dalam hamba-hambaKu, dan masuklah ke dalam syurgaKu”

(Al-Fajr 89:27-30)

ii- Tahu kepentingan bersungguh-sungguh dan akibatnya jika tidak bersungguh. Refleksi diri bilamana kita membaca ayat 11 dalam surah Ar’Ra’du

“Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri”.

iii- Latihlah diri kita untuk bersungguh-sungguh walau dalam sekecl-kecil perkara, nescaya kita akan lebih bersungguh-sungguh dalam membuat perkara-perkara yang besar. Makanya, bersungguhlah walaupun dalam melipat baju sendiri, mengemas rumah dan juga dalam memasak untuk ahli rumah (Oh, sungguh terkena pada batang hidungku sendiri!).

Banyak lagi yang ingin ku nukilkan, tapi aku pasti kalian pun pastinya penat untuk teruskan lagi pembacaan. Biarlah sampai di sini sahaja diari KuSe ku ini untuk kali ini. Yang penting kalian dapat dan kalian beramal dengannya… begitu jua diriku.

Sebagai penutup, ingin aku sisipkan satu kata-kata pujangga

“Enta wa ma turid”

Kamu dan apa yang kamu mahukan (yang mana ia akan mencorakkan diri kamu

Saya tahu apa yang saya mahukan. Minallah, ilallah, lillah. Anda pula?

By

Ana Muslim


Rimbun keampunan

Detik itu berlalu lagi. Hari demi hari. Minggu berganti minggu. Bulan bersilih bulan.Tatkala kekalutan dan kesibukan yang kita lalui. Tatkala keghairahan dan keseronokan yang kita kongsi. Tatkala kesenangan dan kelapangan yang kita rasai. Tatkala kesedihan dan kemuraman yang kita alami. Tatkala itu juga kita sering tersungkur dan terjerumus. Acapkali jatuh dan rebah dalam lembah dan arus yang menyimpang dari jalanNya. Hingga kadang-kadang membuatkan keadaan manusia tidak lagi takut kepada Tuhannya. Dalam keadaan manusia tidak lagi dapat membezakan antara hak dan yang batil. Dalam keadaan manusia tidak lagi dapat membedakan yang mana dosa dan yang mana pahala.

Waktu itu tetap kan berlalu lagi. Dari tahun ke tahun. Dan mungkin juga dekad ke dekad berikutnya. Dan abad ke abad seterusnya selagi belum sampai hari besar itu. Namun,dalam kesempatan masa dan kehidupan yang diberikan olehNya buat kita, sejauh mana kita habiskan untuk mencari redha dan rahmatNya? Setakat mana kita peruntukkan untuk menggarap kasih dan sayangNya? Selama mana kita luangkan untuk meraih cinta dan rinduNya? Hanya kita yang bisa meleraikan persoalan ini. Hanya kita yang mampu merungkai kekusutan ini.

Moga-moga Dia masih sudi menerima taubat dan memberikan keampunan buat kita.


Dalam jiwa hamba

Sekali rebah dalam lembah mengejar sebutir permata kejayaan duniawi tak bermakna selamanya rebah…rebah itu cuma sementara andai diri ingin bangun kembali…cuma seketika andai tahu bahawa jiwa hamba itu diuji kembali…cuma sebentar andai mengerti bahawa jiwa insan itu diduga sekali lagi…tersungkurnya dalam jurang kegagalan tak bererti arah tuju sebuah kehidupan singkat ini kan berakhir…tapi, kerana kesakitan dan keperitan dari jatuh dan rebah itu bisa menjadi titik tolak permulaan untuk menguatkan diri kembali tegak bertapak di bumiNya…kembali gagah untuk terus mengorak langkah agar tidak terjelepok lagi dalam arus ciptaan sendiri…

Para cerdik pandai ada berujar,”kejayaan yang sebenarnya ialah kejayaan yang dibina atas puing-puing (serpihan dari runtuhan) kegagalan…” Usah meratapi ketidakberjayaan andai usaha tak sehebat mana…usah menangisi atas pedihnya luka yang dialami andai diri cuai terhadap amanah dan tanggungjawab sehari-hari…usah meraung atas peritnya duka yang dihadapi andai diri belum mampu meraih cinta sang Ilahi…semuanya kini kembali pada diri…mencari asbab kenapa begitu dan mengapa begini…bukan salah takdir yang menentukan kerana apa yang diaturkanNya adalah yang terbaik dan selaras dengan kemampuan kita untuk berdepan dengannya…

“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya…” (Al-Baqarah: 286)

Jatuh bangun seorang hambaNya acapkali datang dan pergi…laksana sebuah roda yang berputar…ada kala kita di atas dan ada ketika kita di bawah..bila mana kita di atas, usah mendabik dada pada yang bawah..bila mana kita di bawah, usah putus asa untuk terus berusaha..Seperti bait kata dari Imam Syahid Hassan Al-Bana,

“Janganlah engkau berputus asa kerana putus asa itu bukanlah akhlak seorang muslim.Ketahuilah bahawa kenyataan hari ini adalah mimpi hari kelmarin dan impian hari ini adalah kenyataan hari esok…”

Teruskan mengayun orak langkah itu untuk mengecap apa yang diidamkan..bukan sekadar memburu kejayaan duniawi yang harus ditekankan tetapi kejayaan membawa bekalan ke sana nanti adalah yang perlu diutamakan…andai jiwa kita kecewa di sebalik gagalnya kita di sini, ingatlah bahawa jiwa itu akan lebih kecewa andai gagal menghadapi perhitungan akhir di sana nanti…bukan kecewa yang mampu diputar kembali dan dirawati seperti mana kita berada di maya ini, tapi kecewa itu bakal meruntun dan mengiringi jiwa kita buat selama-lamanya…

Duhai jiwa, pemburuan kita dalam mencari sinar kejayaan duniawi tak harus memadamkan cahaya dalam mengejar kejayaan ukhrawi…biarkan garisan cahaya itu lebih terang dan cerah dalam memimpin kita menuju syurga Allah…sesungguhnya, kejayaan tanpa redhaNya di sini takkan pernah bermakna buat jiwa-jiwa yang mengerti…cuma bunga riang yang menghiasi hati tapi jiwa itu lesu di sisi Ilahi…Mujahadahlah wahai jiwa! Lebarkan usaha dalam lingkungan kemampuan yang ada…titipkan harapan,doa, keyakinan dan tawakkal hanya padaNya..kerana Dialah Tuhan yang bergantung kepadaNya segala sesuatu…

“Therefore, remember Me (by praying) I will remember you and be grateful to Me (for my countless favours on you) and never be ungrateful to Me…”(Al-Baqarah:152)

Menggarap himmah ‘aliyah dan dzatiyah…moga bicara yakin, sabar dan ikhlas mengiringi setiap detik perjuangan ini…
::aku hanya seorang pengembara::


Hanya Kau

Engkau Maha Besar Yang Maha Sempurna pencipta alam maya,jagat semesta Kau hembuskan nafas ke dalam tubuhku… membuat semuanya hidup untuk memujaMu. alangkah berdosanya diriku..bila diriku kini melupakanMu..alangkah terhinanya hidupku..bila hidupku kini meninggalkanMu…sungguh ku menyedari hanya Kaulah yang bisa membuat hidupku jauh lebih hidup dari hari- hari yg lalu…hanya Kaulah yg bisa membuat hidupku jauh lebih indah hidup dalam jalan lurusMu…

<susah tapi indah…ptt1_2306_6.30pm>


Dedikasi

“…Dan bertaqwalah kepada ALLAH yang kamu selalu meminta dengan menyebut-nyebut nama-NYA, serta  peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat…” (An-Nisa’ : 1)

Barangsiapa ingin diluaskan rezekinya dan ditangguhkan umurnya, hendaklah dia menghubungkan silaturrahim (Muttafaq’alaih)

Bukan sekadar dedikasi imtihan…tapi, dedikasi dengan balutan ukhuwwah fillah…(^_^)


Hari ini

Rasa itu datang lagi…rasa yang dicanai dalam acuan dan rentak sendiri…walaupun masih ada peluang kedua yang tersedia, namun jalan itu pedih untuk dilalui…cukuplah kali pertama itu menyedarkan segalanya…luka dan parut itu masih dapat dirasa hari ini…

Dan hari ini…sekali lagi bisa mengajar aku sesuatu..mengetuk jiwa yang lena dalam buaian kemalasan…mengecam hati yang larut dalam arus kesenangan…ada salah yang harus diperbetul…ada kisah lama yang harus diperbaharui…mungkin hari ini adalah hari  tarbiyyah untuk panduan hari-hari mendatang…

Masih jauh langkah ini…masih ada juang yang harus dihadapi…masih ada beban yang harus dipikul…bukan untuk diri semata tapi jauh lebih dari itu…kenyataan ada untuk dinilai…apatah lagi buktinya sudah pernah dilalui…mengapa harus biarkan sejarah hitam berulang sedangkan Dia mengajar sejarah yang gemilang?

Bangunlah untuk kali seterusnya…mengapa harus berdiri sebelah kaki andai dikurniakan kedua belahnya?Mengapa  diam seribu bahasa andai lidah mampu berbicara? Tarbiyyah itu untuk diri…untuk mereka…untuk semua yang ingin kau sentuh…dan paling pasti,tarbiyyah itu demi mencari redhaNya…

19/6/2010- dfdp3 (tawakkal illallah, sebenar-benar harap dan takut)


Imtihan

Minggu dan bulan yang sarat dengan ujian dunia…bulan imtihan bagi seorang pengembara ilmu…dalam kerisauan yang hadir, dia tampil mengubah rasa…kata-kata dia sedikit sebanyak menaikkan rasa mujahadah dalam diri..jazakillah khair atas segalanya…diri ini akan cuba dengan upaya yang mampu..kerna kutahu ijazah mempermudah jalan risalah…

with love from her…

“…Dalam ketenangan ada keresahan, dalam keresahan ada kekalutan, dan dalam kekalutan ada DIA untuk mengadu dan mengharap…”

If you think of failing, you are a failure. So, think of reaching the stars, so that you can be one of them!


Patah hati

Kau tidak seperti dulu…Yangku kenali dulu… Rupa hilang seri… Manakah manisnya… Kau tidak seperti dulu… Yangku kenali dulu… Madah tak berlagu… Manakah girangnya…

Patah hati… Jangan terdampar sepi…Jangan tersungkur mati… Patah hati… Jangan leburkan mimpi… Jangan memakan diri… Bukankah Tuhan ciptakan malam… untuk beradu menanti siang… Bukankah Tuhan titiskan hujan… menanti limpah kemarau panjang…


Putik cinta

Buat pertama kalinya,merasa apa yang pernah dilalui mereka….impian yang kadang-kadang datang suatu masa dulu..impian itu bukan fantasi lagi..tapi satu realiti yang menggetarkan hati…terasa cinta itu berputik kembali…

Moga mereka bisa teguh dalam bahtera pelayaran menuju syurgaNya…moga si kelasi ini tak bisa goyah dan futur dengan apa yang bakal diharungi dalam gelombang samudera yang terbentang luas…

permulaan ini adalah ruang untuk melebarkan sayap tarbiyyah yang ada…agar bisa terbang tinggi menggapai mardhatillah…moga putik cinta kan berkembang mekar..menjadi sekuntum bunga idaman dalam taman-taman pilihan di sana nanti…


Khabar itu

Bukan kerana segulung ijazah yang dikejar…tapi perjuangan ini demi risalah…demi cinta dan redha pada pencipta yang Maha Agung…

Gagal ini pedih dan perit….mungkin jauh lagi sakit dari tusukan duri dalam daging…bukan sengaja untuk diuji..tapi agar dirimu tak leka..agar diri tak terus dibuai…padaMu Allah, syukur atas ujian ini…Moga aku terus tsabat mengharap redha dalam jalanMu…

Gagal itu kerana usahamu terlalu sedikit…sekelumit berbanding mereka…

Mujahadahlah wahai hati…