Belajar untuk lebih menghargai…hargai segala yang telah, sedang dan akan dimiliki…tarbiyyah dari jatuh bangun dalam titian menuju sebuah kecemerlangan…teringat kata-kata seorang ukhti; dalam jalan yang dilalui ini, tak banyak jiwa yang akan merasai apa yang kita rasai…hanya yang benar-benar layak sahaja tega untuk diuji dengan permasalahan sebegini…
Bersyukur atas ketukan yang Dia lontarkan…terasa cukup bermakna di sebalik perit yang ditanggung…cukup sempurna di sebalik derita yang dipikul…sendiri tapi Dia masih menemani…menyepi tapi alam tetap merai…terima kasih Allah atas hikmah ujian ini…
Perjuangan takkan pernah selesai selagi kedua kaki masih belum menginjak ke pintu syurga…mujahadah yang takkan pernah ada noktahnya…melangkah dan terus melangkah…
Leave a Reply