Monthly Archives: August 2010

Merdeka yang bagaimana

Walau bukan di tanah air sendiri saat ini, tapi bumi Malaysia itu masih di jiwa ini…bumi yang akan menghamparkan medan dakwah dan tarbiyyah yang sebenar…53 tahun kemerdekaan…namun, sejauh manakah penghuni tanah subur itu memahami erti merdeka?…menaksir erti bebas dari penjajah…adakah merdeka itu dilakar tatkala bendera Union Jack diturunkan oleh pihak British? atau ianya tertulis bila mana sang komunis tak bermaharajalela lagi di bumi itu? atau ianya tercatat bila laungan merdeka!merdeka!merdeka! berkumandang tepat jam 12 tengah malam? atau merdeka itu dirasa bila diri berada pada malam sambutan atau konsert kemerdekaan?

Kemerdekaan itu satu sejarah dan sejarah itu takkan hanya tinggal sejarah… mereka yang tidak mengambil pengajaran dan tauladan dari sejarah terdahulu mungkin akan mengulangi sejarah tersebut. Sebagaimana kisah umat terdahulu yang Allah lampirkan dalam ayat-ayatNya buat pedoman dan iktibar umat masa kini…

“Dia yang mengeluarkan orang-orang yang kafir di antara ahli kitab (Yahudi) dari kampung mereka, sejak mula mereka berkumpul di tanah Arab. Kamu tidak menyangka bahawa mereka akan keluar dan mereka menyangka bahawa benteng-benteng mereka akan memelihara mereka dari (seksaan) Allah, lalu Allah mendatangkan (seksaan) kepada mereka dari pihak yang tidak mereka sangka dan menjatuhkan ketakutan ke dalam hati mereka, sedang mereka merobohkan rumah-rumah mereka dengan tangan mereka sendiri dan dengan tangan orang-orang Mukmin (dalam pertempuran). Maka ambillah pengajaran(iktibar) hai orang-orang yang berakal.” (Al-Hasyr 59:2)

Merdeka yang bagaimana yang kau cari?

Advertisements

Harga nyawa

 

Bayi perempuan dalam beg ditemui di hentian bas. Pemuda tanam bayi dihukum penjara dua tahun. Pasangan remaja mengaku salah tanam bayi. Lagi mayat bayi ditemui. Ingatkan bunyi kucing, rupanya bayi menangis. Bekas pelajar UiTM mengaku buang bayi. Mayat bayi ditemui dalam longkang. Jurujual wanita ditahan disyaki buang bayi. Terlalu banyak cerita tentang potret insan bernama manusia kecil ini…tubuh kerdil itu hanya mungkin sempat melihat dunia untuk seketika..tak bisa merasa nikmat pancaindera apatah lagi menggunakannya untuk tunduk pada pencipta…

Saban hari, kerakusan dan keghairahan si teruna dan si dara dalam hal ini semakin menjadi-jadi…ikatan halal yang disyariatkanNya sepatutnya menjadi pegangan sudah lagi tidak dihiraukan..bahkan ianya seolah-olah menjadi perkara kebiasaan dalam kalangan masyarakat kini…sudahlah melanggar hukum menjerumus diri dalam hubungan luar nikah, kini si kecil itu diperlakukan sewenang-wenangnya tanpa secalit rasa perikemanusiaan…jangankan simpati yang diharap, nilai kasihan pada darah daging sendiri seakan-akan tiada nilainya…

“Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat.” (Surah Al-Israa’ ayat 32)

Hilang akalkah manusia yang sebegini hinggakan harga nyawa itu tidak dipeduli lagi? Adakah harga nyawa itu semurah membeli barang di pasang borong? Yang pada bila-bila masa boleh dibeli dan tawar-menawar? Yang ada naik turun harganya? Apakah akal itu masih waras berfikir perasaan pasangan yang berkahwin yang masih belum dikurnia cahaya mata bertahun-tahun lamanya? Adakah sembilan bulan sepuluh hari itu hanya sekadar nombor di mata mereka?

Manusia hilang nilai kemanusiaan bila mana hidup bertuhankan nafsu. Imam al-Ghazali menjelaskan kedudukan manusia boleh menjadi lebih mulia daripada malaikat jika akal mereka boleh menundukkan nafsu, tetapi mereka akan menjadi lebih teruk daripada binatang jika mereka hidup bertunjangkan nafsu,” katanya.

Allah berfirman yang bermaksud: “Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang yang lalai.” (Surah al-A’araf :179)

Buat ingatan diri dan mereka di luar sana, kembalilah  pada jalanNya yang sebenar kerana fitrah manusia itu adalah mencari yang sejahtera…kasih, sayang atau cinta pada manusia bukan berlandaskan al-hawa’ tetapi ianya berpasakkan kasih, sayang atau cinta pada Rabbul Jalil. Ingatlah bahawa matlamat takkan pernah menghalalkan cara…


Dengan jiwa

Al-Qalam…Demi pena dan apa yang mereka tulis…kalau dulu, menulis kerana ingin mengkhabarkan sesuatu yang tahu…menulis kerana merasa apa yang  mereka rasa…kini, tulisan itu bukan sekadar rasa yang tampil melalui perasaan yang dikurniaNya..bukan sekadar cerita yang direka untuk menarik sang pembaca… tapi harus menulis dengan jiwa…dengan jiwa yang punya ruh dan berperasaan…

Menulis kerana ingin menegakkan al-Haq dan melenyapkan kebatilan…menulis kerana ingin menanamkan tunjang aqidah dan menumbangkan jahiliyyah…menulis kerana ingin menjadi idola bukan menjadi hamba pada idola…menulis kerana ingin menyampaikan firmanNya bukan menafikan ayat-ayatNya…

Aku yang masih bertatih untuk sampai ke situ…


Di sisi

Kembara hidup belum cukup indah kiranya rencah yang ditabur di dalamnya tak pernah berubah. Jika rasa yang sama saban hari menemani liku-liku perjalanan tanpa secalit rasa yang hinggap bermakna hari seorang jiwa hamba itu disia-siakan. Mungkin ramai yang biasa mendengar ungkapan moga hari ini lebih baik dari hari semalam. Tiada pula yang berharap untuk hari semalam sama dengan hari esok ataupun lebih teruk dari hari kelmarin.Bukan sebab mahukan kelainan namun kerana kepelbagaian rasa itu mencukupkan asam garam kehidupan.

Rencah hidup datang dan pergi persis sang malam menantikan sang siang menggantikan dirinya. Silih berganti mengikut aturan yang Dia aturkan. Ianya bisa datang dalam pelbagai bentuk dan keadaan. Kadang-kadang bertamu dalam suasana yang tak pernah disangka-sangka. Rencah itu bisa mencoretkan pahit manis dalam diari kehidupan. Mungkin juga menukilkan suka duka dalam lembaran permusafiran. Atau melakar sejarah terulung untuk dipahatkan dalam ruang nubari.

Perginya dia dari sini, dari bumi subur yang menghidupkan pokok tarbiyyah dan akar dakwah dalam jiwa sememangnya dirasai…perpisahan yang dari dulu tak dapat dibayangkan dengan pancaindera yang ada…tak dapat nak digambarkan dengan lisan yang tersedia…namun, hakikatnya, kini sudah hampir dua minggu semua itu dihadapi tanpa dia…tanpa dia di sisi…tanpa seorang insan yang suatu ketika dulu menjadi perantara untuk mencuit  hati ini ke jalan ini…tanpa satu jiwa yang suatu masa dahulu menjadi penghubung untuk menambat sanubari ini ke dalam gerabak ini…duhai hati, usah sayu membiarkan bayu membawa khabaran jauh dari tanah perjuangan sebenar…dari lautan luas yang terbentang dengan gelora dan ombak mengganas…ketahuilah, perpisahan ini cuma sementara..perpisahan ini atas ketentuanNya untuk dia meneruskan langkah mengatur sebuah pertemuan bagi jiwa-jiwa yang lain…

Kudoakan agar dia terus mekar dalam memacu langkah dalam jalan dakwah dan tarbiyyah…moga ikatan aqidah ini akan terus gagah merantai jiwa-jiwa kita dalam menghadap hari-hari mendatang…moga utuhnya tali ukhuwwah fillah ini tega mengheret kita bersama-sama untuk bersantai di taman-taman syurga nanti…This love only Allah knows…

“Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya. Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini akan jalanNya yang sebenar. Penuhkan piala hati ini dengan cahaya RabbaniMu yang tidak kunjung malap. Lapangkan hati-hati ini dengan limpahan iman/keyakinan dan keindahan tawakkal kepadaMu. Hidup suburkan hati-hati ini dengan ma’rifat tentangMu. Jika Engkau mentaqdirkan mati, maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agamaMu. Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong. Ya Allah perkenankanlah permintaan ini…”


Bicara hati

Dalam lesu…Kau masih tersenyum…Walaupun terlihat duka tangisanmu…Merindukan warna kedamaian… Menanti bahagia beraja di situ… Bilakah…Kan berakhir kisah derita… Apakah…tiada penghujungnya…Manakah jawapannya…Laungkan tulus kasihmu seluruh alam…Hingga bisa menggegar bumi… Moga mereka terima utusan salam… Tanda kau masih di sini…Khabarkan kepada mereka… Masih ada cinta mewangi di sini… Dan khabarkan kepada dunia… Damai yang kau cari…Akan kau miliki… Pasti….


Ramadhan kareem

Alhumma Balighna Ramadhan…Alhamdulillah, sampai juga diri ini ke hari itu…Ramadhan ke-6 hari ini dan tahun ketiga menyambut Ramadhan di rantauan orang…berbeda suasana namun ruh Ramadhan itu tetap mekar dalam jiwa yang mengharapkan redha dan cinta dariNya…Ramadhan, tetamu istimewa yang dinanti-nanti oleh jiwa yang mahukan gandaan amal dan pahala…ditunggu-tunggu oleh nubari yang inginkan pengislahan jiwa…moga aku juga terpalit dalam golongan tersebut…

“Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa.” (Al-Baqarah: 128)

Sesungguhnya, Ramadhan adalah bulan di mana awalnya rahmat, pertengahannya keampunan dan akhirnya selamat dari neraka. Perbanyakkanlah di dalam bulan Ramadhan empat perkara: dua perkara darinya menyebabkan Tuhanmu redha kepadamu dan dua perkara lagi kamu sangat memerlukannya. Dua perkara yang menyebabkan Tuhanmu redha kepada kamu ialah (mengucapkan) mempersaksikan bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan kamu memohon keampunan dariNya. Dua perkara yang kamu sangat memerlukannya ialah kamu memohon Syurga dari Allah dan kamu memohon dariNya supaya dijauhkan Neraka.” (Hadith riwayat Ibn Khazimah)

Moga Ramadhan kali ini lebih bermakna dari yang sebelumnya…InshaAllah


KetentuanNya atas pilihan darimu…

Pengakhiran dan permulaan bulan yang menggertak jiwa seorang hamba…menghentam hati lantas membangunkan si insan yang lena dalam kembara mimpi yang mengasyikkan…tiada lagi istilah kebetulan yang menghiasi kamus kehidupan. tiada lagi bicara untung nasib atau tuah yang menjadi pegangan…malah seharusnya tak perlu wujud dalam rentetan perjalanan seharian. segala-galanya berlaku dengan ketentuan Ilahi atas pilihan darimu. atas caturan yang dicanai olehmu..atas usaha yang ditabur olehmu…usah menyalahkan taqdir bila mana sesuatu yang tak diingini berlaku lantaran ianya adalah qada dan qadar yang terbaik dariNya untukmu…