Monthly Archives: September 2010

Sunnah orang berjuang

Berjuang menempah susah
Menanggung derita menongkah fitnah
Itulah gelombang hidup samudera duka
Seorang mujahid membela tauhid

Dipisah dia berkelana
Dibelenggu dia uzlah menagih mehnah
Namun jiwa tetap mara memburu cinta
Membara demi Allah dan rasulNya

Berjuang tak pernah senang
Ombak derita tiada henti
Tenang resah silih berganti
Inilah sunnah orang berjuang

Malamnya bagai rahib merintis sayu
Dihiris dosa air mata
Siangnya bagaikan singa dirimba
Memerah keringat mencurah tenaga

Berjuang memang pahit
Kerana syurga itu manis
Bukan sedikit mahar yang perlu dibayar
Bukan sedikit pedih yang ditagih

Berjuang ertinya terkorban
Rela terhina kerna kebenaran
Antara dua jadi pilihan
Hasilnya syahid atau menang…


Titisan pengajaran

Bukan sekadar cerita yang ingin direka-reka..
Bukan sekadar kisah suka duka yang ingin dikongsikan…
Bukan sekadar memori yang ingin dirakam…
Bukan sekadar kenangan yang ingin disimpan…
Bukan sekadar titisan air mata seorang insan…
Tapi,titisan ini sebuah pengajaran.
Titisan ini suatu tauladan.
Titisan ini tarbiyyah yang mengajar…
Moga bukan sekadar lisan yang rancak berkata tapi biarlah rancak itu dengan amalnya…
“Pencairan dalam jalan dakwah dan tarbiyyah takkan berlaku jika kita menjadi sebenar-benar pengembara yang mengembara untuk ke syurga Allah.
Syurga itu terlalu indah untuk digapai dengan mudah”.
“Jika kamu tidak berangkat (untuk berperang), nescaya Allah akan menghukum kamu dengan azab yang pedih dan menggantikan kamu dengan kaum yang lain, dan kamu tidak akan merugikanNya sedikit pun. Dan Allah Maka Kuasa atas segala sesuatu.”
(At-Taubah: 39)

“Berangkatlah kamu baik dengan rasa ringan maupun dengan rasa berat, dan berjihadlah dengan harta dan jiwamu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.” (At-Taubah: 41)

Deep Creek Conservation Park 252610 –> kebumikan jahiliyyah, lahirkan da’ie Ilallah…kisah aku, kau, dia dan mereka yang mengembara ke syurgaNya…



Raja jasad

Bukan mudah untuk mendidik jiwa kalau bukan hati yang mengiakan…

Bukan mudah untuk mentaujih ruhi kalau bukan hati yang membenarkan…

Bukan mudah untuk menerima perubahan kalau bukan hati yang mahukan…

Hati itu raja jasad…raja yang mendorong baik buruk dalam jiwa seorang hamba…raja yang mengawal segala tindak-tanduk seorang manusia…sebab itu pandang dengan mata hati..bukan dengan pandangan mata yang selalu menipu..bukan dengan pandangan akal yang selalu tersalah…bukan juga dengan pandangan nafsu yang selalu melulu.

Pandang dengan mata hati kerna pandangan hati itu yang hakiki…mereka yang mampu berubah dan mengubah adalah mereka yang inginkan pembersihan hati..mereka yang mahu ditarbiyyah dan mentarbiyyah adalah mereka yang inginkan pengislahan hati…sebab hati yang suci dan bersih itu kunci pada segala kekuatan untuk bergerak dalam saff dakwah dan tarbiyyah…

Daripada An-Nu’man bin Basyir r.a katanya saya mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:

“Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram itu juga jelas. Antara kedua-duanya pula terdapat perkara-perkara yang diragui dan tidak diketahui oleh manusia. Sesiapa yang memelihara dirinya daripada perkara-perkara yang diragui, dia telah membersihkan agama dan kehormatannya. Sesiapa yang terjatuh ke dalam perkara-perkara yang diragui, dia telah terjatuh ke dalam perkara yang haram seperti pengembala yang mengembala di sekitar kawasan larangan. Haiwan peliharaannya hampir-hampir meragut dalam kawasan itu. Ingatlah sesungguhnya setiap raja ada kawasan larangan. Ingatlah sesungguhnya kawasan larangan Allah ialah segala yang diharamkanNya. Ingatlah, sesungguhnya dalam jasad manusia ada seketul daging yang apabila ia baik, baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah, ia adalah hati.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)


Qurratul ayn…

“Dan orang-orang yang berkata, “Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang bertaqwa.” Mereka itu akan diberi balasan dengan tempat yang tinggi (dalam syurga) atas kesabaran mereka dan di sana mereka akan disambut dengan penghormatan dan salam, mereka kekal di dalamnya. Syurga itu sebaik-baik tempat menetap dan tempat kediaman.” (Al-Furqan: 74-76)

Qurratul ayn…nama itu pastikan tersemat dalam lipatan perjalanan mengharungi jalan ini…walaupun hanya seketika kita bersama, namun keberadaanmu di dalamnya pasti dirindui…moga lautan badai di sana terus mematangkan dan mengajar erti hidup pada Pencipta..

Moga bisa menjadi qurratul ayn buat jiwa yang kau ingin sentuh dan yang berada di sekelilingmu…tsabat itu buah amal…

Selamat berjuang sahabatku…


Bukan untuk mereka yang manja

Penat.

Letih.

Tak larat.

Susah.

Dugaan.

Kritikan.

Ujian.

Semuanya itu memang dan akan dilalui oleh jiwa yang ingin bergelar seorang murabbi… seorang dai’e yang mahukan garapan redha dan cinta Ilahi…

Pesan pada diri, dakwah dan tarbiyah ini bukan untuk mereka yang manja.


Sang lebah

Hidup ini punya agenda..tak dijadikan kita di dunia ini semata-mata untuk bersantai-santai, bergurau canda dan bersenang-lenang…andai kehidupan itu yang dirasakan, maka masih belum sempurna penciptaan kita di bumi ini sebagai khalifah olehNya…belum cukup layak untuk dilantik menjadi pemimpin maya…terbaik pada neraca manusia tidak semestinya terbaik pada neraca Ilahi…manusia yang terbaik dalam kalangan terbaik adalah mereka yang berjuang pada jalanNya..sedaya upaya melaksanakan ajaranNya…berhabis-habisan menyampaikan firmanNya…

“Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah dan mengerjakan kebajikan dan berkata “sungguh, aku termasuk orang-orang muslim (berserah diri)?” (Fussilat:33)

Jadilah seperti sang lebah…tak kenal erti lelah dalam mencari sebuah penghidupan…bukan hidup untuk dirinya sendiri malah menyumbang pada penghidupan makhluk yang lain…ia mengumpul manisan dari bunga-bungaan ciptaan Yang Maha Agung…kemudian menukarkannya menjadi madu yang seterusnya digunakan untuk keperluan diri  dan orang lain…manusia seharusnya begitu…tak seharusnya duduk diam, menongkat dagu dan bergoyang kaki…tapi sepatutnya sibuk sehari-hari mengislah diri dan menyampaikan apa yang difahami…kedua-duanya harus bergerak serentak…berjalan seiringan demi menggapai Jannatul Firdausi…

Tak ada jalan yang menyediakan kehidupan seperti itu melainkan diri rela ditarbiyyah dan dibentuk dengan jalan al-haq bukan yang batil…

Persoalannnya, sama ada kita mahu atau tidak untuk ditarbiyyah?


Bukan yang tipikal

Manusia yang tipikal itu sudah berlambakan di mana-mana…teringat kisah semasa berada di Royal Adelaide Hospital(RAH) semasa hospital visit dua minggu yang lalu…ketika berborak dengan salah seorang dari ahli kumpulan yang berlainan bangsa dan agama…rancak bercerita tentang negara masing-masing sebelum case review bermula hinggalah typical Malaysian itu muncul…typical Malaysian yang pada pandangannya adalah mereka-mereka yang seperti aku…bukan kerana hijab yang aku pakai, tapi kerana bahasa pertuturan dan wajah Melayu yang dimiliki…ingin saja kukhabarkan padanya aku tak ingin jadi  yang tipikal itu…bukan yang tipikal…tapi, khabaran itu terhenti bila mana sesi review bermula…niatku agar suatu ketika nanti aku berpeluang mengkhabarkan sebenar-benar fikrah yang aku faham agar Malaysia itu bukan hanya dikenali dengan penghuni-penghuni tipikal seperti itu…

Typical or different? tentulah aku pilih yang different…sebab yang tipikal itu dah terlalu banyak untuk dihitung…berada di mana-mana…nak jadi bukan yang tipikal memang sukar tapi itu tak mustahil…dan sungguh, Allah telah menciptakan manusia berada dalam susah payah (Al Balad:4)…yang bersenang-lenang, tiada kerja itu bukan pilihan untuk mereka-mereka yang ingin menghuni Al-Firdausi…duhai jiwa, jadilah manusia-manusia asing itu yang pada neracaNya adalah mereka-mereka yang beruntung…

Abu Hurairah RA, he said: Rasulullah SAW said: “Islam was strange when it began and will one day be strange again; Blessed are the ghuraba’ (those strange people)”. [H.R.Muslim]

Dare to be a different…



Kerana syurga itu

“Dan dia memberi balasan kepada mereka kerana kesabarannya (berupa) syurga dan (pakaian) sutera.

Di sana mereka duduk bersandar di atas dipan, di sana mereka tidak melihat (merasakan teriknya) matahari dan tidak pula dingin berlebihan.

Dan naungan (pepohonan)nya dekat di atas mereka dan dimudahkan semudah-mudahnya untuk memetik (buah)nya.

Dan kepada mereka diedarkan bejana-bejana dari perak dan piala-piala yang bening laksana kristal. Kristal yang jernih yang diperbuat dari perak, mereka tentukan ukurannya yang sesuai (dengan kehendak mereka).

Dan di sana mereka diberi segelas minuman bercampur jahe.

Yang didatangkan dari sebuah mata air (di syurga) yang dinamakan Salsabil.

Dan mereka dikelilingi oleh para pemuda-pemuda yang tetap muda.

Apabila kamu melihatnya, akan kamu kira mereka, mutiara yang bertaburan.

Dan apabila engkau melihat (keadaan) di sana (syurga), nescaya engkau akan melihat berbagai macam kenikmatan dan kerajaan yang besar.

Mereka berpakaian sutera halus yang hijau dan sutera tebal dan memakai gelang terbuat dari perak dan Tuhan memberikan kepada mereka minuman yang bersih (dan suci).

Inilah balasan untukmu, dan segala usahamu diterima dan diakui (Allah).”

(Al-Insan: 12-22)


Muhasabah Ramadhan

Sama tapi tak serupa

4 Syawal 1431H…baru sahaja 4 hari Ramadhan meninggalkan kita…namun permergiannya seolah-olah tak punya kesan dalam kalangan jiwa-jiwa…berlalu bak ditiup hembusan bayu…sedangkan Rasulullah dan para sahabat terdahulu sudah mula berdoa kembali untuk ditemukan dengan Ramadhan berikutnya…Masihkah ada Ramadhan lagi untuk kita? Ya Allah, berilah kekuatan dalam jiwa-jiwa kami untuk terus mengislahkan diri, menjadi sebenar-benar hamba kepadaMu…mujahadah itu tiada penghujungnya…dulu, kini dan selamanya…

Jauh kumelihat…mengintai dari dua jendela dunia yang berbeza…memandang dari dua kaca mata dan neraca yang berbeda…sungguh, pandangan ini benar-benar bimbang dan risau…aku, dia dan mereka sama namun kita tak serupa…sama pada nama agama yang kita anuti tapi tak serupa dari sudut amali…kumelihat kerancakan itu…kegirangan dan keasyikkan dibuai pesona dunia yang mengghairahkan…apakah pentas dunia ini yang menjadi sandaran?

Sungguh, matlamat takkan pernah menghalalkan cara…agama ini bukan main-main…serius…tiada kompromi…andai langkah yang diatur membelakangiNya, maka kemurkaan itu tetap tersedia buat pelakunya…

Tarbiyyah yang mengajar

Aku, dia dan mereka…kita cuma hamba padaNya…yang sehari-hari menggunakan segala macam nikmat yang Dia kurniakan secara percuma…entah bersyukur atau tidak..namun, nikmat itu masih diberikan tanpa sekelumit bayaran…malahan, balasannya adalah syurga buat mereka yang menggunakannya di jalan yang benar…benar, kita takkan pernah sempurna…takkan pernah terlepas dari tergelincir ke dalam lembah dosa…

Kata orang, kubur sendiri-sendiri..tak perlu nak jaga tepi kain orang…betul ke ‘statement’ ni? kalau nanti Allah tanya kenapa tak tegur, kenapa diam bila ada yang tak kena, apa nak jawab? dah lepas ke tanggungjawab? dah boleh merentas titian Sirat ke?

Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian…kecuali mereka yang beramal soleh dan yang berpesan-pesan pada kebenaran jua pada kesabaran…duhai jiwa, kalau bukan hari ini kita bangun dari buaian lena yang panjang, kapan kita akan tersedar lagi andai kematian itu semakin menghampiri?

Tarbiyyah itu yang mengajar aku untuk mengembara ke syurga sana…syurga yang menggiurkan jiwa-jiwa yang ingin menjadi pemiliknya…syurga yang tak dihuni oleh lelaki-lelaki dan perempuan-perempuan tipikal …

Tarbiyyah itu yang mengajar aku untuk tidak mengembara dalam dunia maya di sini… yang sarat dengan manusia bertopengkan al-hawa’ semata-mata…

Tarbiyyah itu yang mengajar aku untuk jadi sebenar-benar hamba padaNya…


Layakkah aku?

Ramadhan yang menyentuh tangkai hati

30 Ramadhan 1431H. Jejak terakhir meniti hari dalam bulan yang penuh barakah dan kemuliaanNya. Terasa masa berlalu terlalu pantas…amat pantas…purnama yang pada awalnya berupa anak bulan sabit kini kembali seperti itu…petanda bahawa Syawal kini semakin menghampiri..

Ramadhan itu…tak terhitung segala nikmat yang Dia berikan..bulan yang menggandakan pahala buat jiwa-jiwa yang mencari bekalan untuk di bawa ke sana nanti…bulan yang mengislahkan nubari demi menempuh perhitungan di alam sana nanti…bulan yang menyentuh tangkai hati untuk kembali meraikan fitrah kepada pencipta diri ini…

Ramadhan itu punya ceritera yang tak bisa diungkap dengan bicara lisan..Ramadhan itu kaitnya dengan tangkai hatimu..dengan qalbumu…

sejauh mana dirimu memburu malam idaman yang lebih baik dari seribu bulan?

sejauh mana hidupmu di bawah bayangan Al-Furqan?

sejauh mana jiwamu mengekang  al-hawa’ dari segala macam perkara yang dilarang?

sejauh mana pengabdianmu dalam tunduk sujud syukur padaNya?

Tepuk dada, tanya iman…

Aidilfitri dan hakikatnya

Berakhirnya Ramadhan bermakna Aidilfitri sudah semakin hampir. Tentu banyak dalam kalangan kita yang sibuk membuat persiapan untuk menyambut perayaan tersebut hingga meminimakan pengabdian dan hak pada Pencipta Agung. Hinggakan Ramadhan yang bakal ditinggalkan itu tidak diendahkan…

Apakah Ramadhan itu ditempuh sekadar berhaus dahaga demi meraikan hari lebaran?

Adakah kita layak untuk merayakannya sebenarnya?

‘Aid’ atau ‘id pada permulaan perkataan Aidilfitri membawa maksud perayaan. Manakala ‘fitri’ atau fitr pula merujuk kepada Fitrah.

Hakikatnya, pengertian Aidilfitri ialah perayaan merayakan fitrah yakni meraikan diri yang kini kembali kepada fitrah Islam – sejahtera, suci, tulus dan bersih dari segala noda dan dosa setelah melalui pentarbiyyahan universiti Ramadhan…

Universiti yang menyediakan kursus untuk mengislahkan tangkai hatimu, menyuburkan kelesuan imanmu, menyegarkan kelayuan taqwamu dan menakungkan kekeringan mahabbah dalam dirimu…

Kemenangan itu hanya untuk jiwa yang mengisi Ramadhan sesempurna hati…

Kemenangan itu hanya untuk jiwa yang mengisi Ramadhan sesempurna hati…

untuk mereka yang kembali kepada fitrah cinta Allah dan Rasul yang hakiki…

untuk mereka yang berjaya menjadi sebenar-benar hamba Ilahi…

Malu padaNya andai aku jadi insan yang paling teruja menyambut kemenangan ini tapi jauh dari neracaNya aku adalah antara mereka yang kecundang dan gagal dalam menunaikan hak-hakNya.

Duhai jiwa, muhasabahlah! mujahadahlah selagi dirimu masih di sini…di bumi ini..di medan ini untuk kau kutip seberapa banyak buah amal untuk ketemu Dia suatu masa nanti…

Aku yang masih mengembara menuju ke syurgaNya…