Monthly Archives: October 2010

Sampai bila ditarbiyyah?

Jauh dan penuh liku…melangkah atas jalan yang satu, di atas jalan yang pernah dilalui Rasulullah dan para sahabat…

“Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang menurutku, menyeru manusia umumnya kepada agama Allah dengan berdasarkan keterangan dan bukti yang jelas nyata… (Yusuf: 108)

dari web ISMA Jordan…

Bagi mereka yang sedang tekun dalam meniti liku-liku tarbiyyah, pasti kadang-kala terdetik di hati mereka akan persoalan ini. Persoalan ini lebih mencabar untuk diberi jawapan pada mereka yang hidup di lokaliti di mana dakwah baru mula bertapak. Lebih parah lagi, ramai yang mungkin kecewa dan putus asa dengan tarbiyyah bilamana dakwah telah lama berlangsung, tetapi terus kekal statik seperti masa ia bermula seketika dahulu. Masih tidak meningkat ke marahil yang lebih signifikan kesannya. Sebahagian pejuang tarbiyyah pula mungkin cemburu bila melihat negeri seberang telah mula mekar dan kembang kuntuman dakwah mereka. Sudah mula mencatur dan mengagihkan kerusi-kerusi parlimen yang hendak ditandingi. Sudah mula berjuang dan berhadapan dengan taghut pemerintah. Lantas mereka futur dan gugur di tengah jalan lantaran bosan dengan marhalah perjuangan mereka yang tidak berkembang. Juga sebahagian mereka terus radikal, segera terjun ke persada politik. “Ini juga tarbiyyah…”, kata mereka. Fenomena ini bisa kita ketemui di mana-mana bumi dakwah dan tarbiyyah itu cuba diperjuangkan. Maka, sampai bila perlu tarbiyyah?

Sangat penting bagi pendukung tarbiyyah memahami substance tarbiyyah itu sendiri. Apa yang kita nak capai sebenarnya? Berdepan dengan kekejaman pemerintah…itu bukan tarbiyyah juga ke? Tarbiyyah ni sekali-sekala tak boleh ke?…Kenapa kena kerap pula? Dan sampai bila perlu tarbiyyah?…

Tarbiyyah adalah uslub paling ideal dalam berinteraksi dengan fitrah manusia. Mendidik manusia secara langsung dengan kalimah-kalimah, dan secara tidak langsung dengan qudwah hasanah. Tarbiyyah perlu didasari manhaj dan wasilah yang khas, bagi mengubah manusia ke arah yang lebih baik.

Itu definisi tarbiyyah yang disusun oleh para ulama’ tarbiyyah. Kefahaman akan definisi ini dan apa yang dimaksudkan di sebaliknya, sudah cukup untuk memandu para du’at ke arah medan perjuangan. Tidak timbul lagi setelah itu persoalan masa. Ibaratnya, tarbiyyah itu dulu, kini, dan selamanya…

Dalam kita merangka gerak perjuangan, kita perlu melihat kepada peribadi-peribadi yang mahu bersama saff kita. Bagaimana fikrah mereka? Bagaimana ibadah dan hubungan mereka dengan Rabb dan makhlukNya? Bagaimana akhlak mereka? Bagaimana keyakinan mereka terhadap jalan ini? Semua ini mampu diselesaikan oleh tarbiyyah mustamirrah (konsisten) dan bukan sekadar sebentar sahaja. Seharusnya tiada istilah graduate dari madrasah tarbiyyah. Hasil dari tarbiyyah berpanjangan ini, lahirlah rijal yang mampu menanggung beban dan masalah ummah. Rijal tersebut masih bernilai manusia, dan masih perlu dirawat hati, akal, dan jasadnya. Maka berterusanlah tarbiyyah itu dalam mendidik jiwa-jiwa ini.

Kembali sejenak melihat sirah Ar-Rasul, bagaimana Baginda merawat hati para sahabat yang tidak sabar-sabar mahu berhadapan dengan puak Kuffar. Sewaktu Islam baru mula bertapak di Mekkah, para sahabat sebahagiannya diseksa dengan sangat dahsyat. Di antara mereka ialah Khabbab bin Aarat, yang cuba dipanggang jasadnya oleh kuffar Quraisy. Lantaran tidak tahan seksaan tersebut, Khabbab merayu pada Rasulullah supaya bertindak menekan kekejaman mereka. Beliau berkata, “Kami mengeluh di hadapan Rasulullah s.a..w saat beliau sedang bersandar di Ka’bah. Kami berkata kepadanya,”Apakah engkau tidak memohonkan pertolongan bagi kami? Tidakkah engkau berdoa kepada Allah untuk kami?”. Rasulullah s.a.w kemudian bersabda, “Dahulu seorang lelaki ditanam badannya ke dalam bumi lalu gergaji diletakkan di atas kepalanya dan kepalanya dibelah menjadi dua namun hal itu tidak menghalanginya dari agamanya. Dan disisir dengan sisir besi sehingga terkupaslah daging dan kulitnya sehingga tampaklah tulangnya namun hal itu tidak menghalanginya dari agamanya. Demi Allah, urusan ini akan disempurnakanNya sehingga seorang penunggang kuda akan berkelana dari San’aa ke Hadramawt tidak takut apapun selain Allah atau serigala yang akan menerkam gembalaannya, akan tetapi kalian tergesa-gesa!” (HR Bukhary 3343)

Begitulah sikap Ar-Rasul di permulaan dakwah. Detik mencari kekuatan, membina persediaan. Usaha Baginda fokus, dakwah dan tarbiyyah. Bahkan, usaha ini berterusan meskipun setelah berhijrah ke Madinah, mengangkat senjata, dan membina empayar. Imam Hassan Al-Banna juga tidak lupa mengingatkan kita akan perkara ini. Pesan beliau, janganlah kita ‘memetik buah sebelum ia ranum’. Semoga kita terus tsabat di atas jalan dakwah dan tarbiyyah ini, sehingga ke akhir medan.

Kita di marhalah mana sekarang?…sama-sama kita nilai.

ISMA Jordan 2010


Why not?

Masih banyak yang perlu dibaiki…masih banyak yang harus diperbetul…

Hidup bukan sekadar memasang angan-angan tapi hidup adalah mimpi yang direalitikan…mimpi yang diterjemahkan dalam keadaan sedar…mimpi yang dibumikan dalam dunia yang nyata…

Selagi masih mampu bermimpi, mimpilah setinggi langit Ilahi…kemudian curahlah segala upaya dan kemampuan untuk berjuang menggarapnya…

moga perjalanan dalam mengejar mimpi diiringi dengan redha dan cintaNya…

For things to change, you must change first…


Mujahadah cinta

“Mujahadah cinta walau dalam sekecil-kecil perkara…cinta pada yang lain hanya layak hadir bila cinta pada Allah dan Rasul sebagai asas dan terasnya…mujahadah cinta untuk kini dan selamanya…”

Sesungguhnya kebahagiaan itu ialah anda hidup untuk pemikiran yang benar dan kukuh, untuk aqidah terbesar yang menyelesaikan permasalahan alam yang lampau, persoalan yang disoal oleh orang yang tertanya-tanya semasa mereka sedar dan cerdik boleh berfikir

dari manakah aku datang? ke manakah aku akan pergi?

kenapa aku dijadikan? adakah aku hidup kembali?

Lalu bersinarlah keyakinan dalam jiwa, terusir segala keraguan yang degil, terdidiklah fikiran yang waras, terciptalah akhlak yang mulia dan kembalilah setiap akal yang menyeleweng kepada jalan yang benar dan lurus. Hidupmu akan dikurnia nilai oleh Tuhanmu agar hidupmu terbina, supaya matamu memandang di segala ufuk ke arah cita-cita yang tinggi, lalu hiduplah kamu di dunia akhirat, di sanalah kamu hidup kekal dan tidak fana.

Kau tudung bumimu dengan langit dan para malaikat menjadi saksi, itulah aqidah Islam untuk muslim yang bahagia, itulah asas, itulah tiang serinya, sesiapa yang hidup memikulnya sambil memekik dengan namanya, dialah orang yang berbahagia.

Dr. Yusuf Al-Qaradhaawi


Kemaskini kehidupan

” Saya adalah pengembara yang mencari kebenaran.

Saya adalah manusia yang mencari erti sebenar kemanusiaan.

Saya adalah warganegara yang impikan sebuah negara yang dihormati, merdeka, tenteram dan hidup harmoni di bawah naungan Islam yang murni.

Saya hanyalah ibarat seorang yang memahami rahsia hidupnya.

Sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku hanya untuk Allah, tuhan sekalian alam, tiada yang mempersekutui-Nya.

Inilah yang diperintahkan kepada saya dan saya salah seorang yang menyerahkan diri.”

(Imam Syahid Hasan al-Bana)

Itulah jawapan yang diberikan oleh Imam al-Syahid tatkala seorang wartawan bertanya tentang dirinya dan memperkenalkan kepada orang ramai. Hanya Allah dan Islam tujuan sebenar kehidupannya. Beliau manusia unggul yang bangkit untuk menenggelamkan segala kesesatan yang merintangi jalan dan memberikan sinar cahaya kepada dunia ini.

Itu dia, kita siapa?

Mengimbau kembali nilai usia saat ini, apakah kisah kehidupan kita mampu menghiasi dunia Islam? Apakah perhitungan nanti cukup melayakkan kita menerima buku amal dengan tangan kanan? Sejauh mana izzahnya kita dengan Islam yang kita anuti?

Mungkin kita cukup selesa dengan kehidupan yang dilalui sekarang…semuanya cukup lengkap memenuhi tuntutan hidup seorang manusia terutamanya jiwa-jiwa muda yang dihidangkan dengan juadah teknologi dan globalisasi yang cukup enak…hingga ada yang kekenyangan sehingga larut dalam lena kemaksiatan…

Itulah hidup dan kehidupan. Menjadi hamba pada dunia atau hamba pada pencipta dunia.

Sejauh mana penceritaan kisah kita akan berakhir? Apakah kronologi kisah kehidupan kita bakal dikhabarkan untuk santapan jiwa-jiwa seterusnnya? Masa akan terus bergerak dan bergerak…hingga satu saat diri tak mampu berbuat apa-apa..melainkan hanya menjadi sekujur tubuh kaku untuk dikebumikan ke dalam liang lahad.

Kemaskini kehidupan lantas dirimu punya jawapan untuk meletakkan kisahmu di mana.


Terapi jiwa

Semalam yang bermakna…Bukan kerana tarikhnya tapi kerana ukhuwwah dan terapi buat jiwa…Bukan alam diciptakan sia-sia tapi untuk jiwa-jiwa yang berakal merasai nikmat kekuasaanNya…membawa jiwa menelusuri kehalusan setiap makhluk ciptaanNya…bukan hanya kerana aku pencinta alam tapi sungguh kerana alam itu sendiri bisa merawat jiwa yang acapkali kering dan lesu dengan iman dan taqwa…

Dan milik Allah-lah kerajaan langit dan bumi dan Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu. Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan pergantian malam dan siang terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang yang berakal. (3: 189-190)

Morialta Conservation Park…kutemui kedamaian dan ketenangan dalam alunan zikir alam memuji Tuhan yang mencipta…




Tuntun aku dalam sabar

Hampir tiba keberangkatan mereka ke tanah suci itu…hanya mampu mengirim doa dari kejauhan…moga selamat pergi dan pulang…moga dipermudahkan dalam segala urusan…moga ketaatan sebagai seorang hamba kepada pencipta dapat dilaksanakan sebaiknya…moga dambaan haji mabrur diperkenankanNya…

“Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Sungguh, Allah beserta orang-orang yang sabar.” (2:153)

“…Sebenarnya hanya dirimu sendirilah yang memandang baik urusan yang buruk itu; maka hanya bersabarlah itulah yang terbaik (bagiku). Dan kepada Allah saja memohon pertolonganNya terhadap apa yang kamu ceritakan.” (12:18)

Mungkin imntihan nanti yang pertama tanpa mereka di sisi…

Ya Rabb, tuntun aku dalam sabar…


Simpan itu untuk yang halal

” Hai Nabi!Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin semua hendaklah mereka menutupkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu agar mereka lebih mudah untuk dikenali sehingga mereka tidak diganggu. Dan Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang.” (Al-Ahzab: 59)

Dulu mungkin tahu, tapi tak ingin ambil peduli…dulu mungkin tahu, tapi tak rasa ingin ikuti…dulu mungkin tahu, tapi selesa dengan gaya masa kini…dulu yang perlu dilenyapkan dan kini yang harus disuburkan…tarbiyyah ini benar-benar mengajar..bukan sekadar tahu tapi harus buahkan amalnya…

Buatmu yang bergelar wanita, jangan jadi sekuntum bunga mekar yang sekadar cantik pada pandangan si kumbang, namun seri dan harumanmu sudah tiada…usah dicalari keindahanmu…usah dikotori kecantikanmu…usah dinodai ketulusanmu…jadilah bunga yang sukar untuk dipetik lantaran syariat yang kau pegang…jadilah bunga yang sukar disunting lantaran ketaatan yang kau berikan…jadilah bunga yang sentiasa melestari seri dan baunya…

Simpan itu untuk yang halal…

jilbab = dari hujung rambut hingga hujung kaki