Monthly Archives: January 2011

Tabah bertahan rasa

Yang segar pastikan layu…Yang hidup pastikan mati…Dirimu yang memilih, bukan orang lain…

“Ataukah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cubaan) seperti (yang dialami) orang-orang terdahulu sebelum kamu. Mereka ditimpa kemelaratan, penderitaan dan digoncang (dengan berbagai cubaan), sehingga rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya berkata,”Kapankah datang pertolongan Allah?’. Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat.” (Al-Baqarah:214)

Baik kesenangan mahupun kesukaran,

semuanya itu adalah tarbiyyah dari Allah.

Teguran atas kekhilafan diri.

Peringatan atas kejahilan hati.

“Dan musibah apa pun yang menimpa kamu adalah kerana perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan banyak (dari kesalahanmu).” (As-Syuura:30)

Teruskan melangkah dan melangkah.

Semoga Allah redha.


Nawaitu

Pernah anda merasa akur dalam mengatur rentak kehidupan?

Rasa ingin kibarkan bendera putih walau perjalanan masih jauh?

Rasa ingin hentikan langkah walau destinasi belum dijejak?

Tahu apa sebabnya?

“Putus asa  di tengah perjalanan adalah kerana kesilapan di titik permulaan.”

Mari kita muhasabah kembali nawaitu tatkala memulakan sesuatu.

Apakah nawaitu yang dipasang benar-benar tulus dan ikhlas kerana Dia?

Atau masih ada sisa-sisa  lain yang menempel pada niat suci itu?

Atau masih berbaki cebisan-cebisan alasan tentang darjat, balasan dan sebagainya?

Niat adalah penimbang tara dan aras amal seseorang.

Ia adalah teras dan paksi dalam menentukan kesudahahan amal kita.

Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin ‘Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:

“Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.”

Bekalan untuk 2011.

Pastikan niat itu benar dan ikhlas kepada Allah.

Bukan 99.9% sebab Dia tapi seluruhnya, 100% tanpa ada ragu dan was-was.

Bila kau garap, insyaAllah ia menjadi pasti…


Bukan sekadar impi

Tuhanku, aku tidak layak untuk syurgaMu ,tetapi aku tidak pula aku sanggup menanggung seksa nerakaMu,
dari itu kurniakanlah ampunan kepadaku, ampunkanlah dosaku, sesungguhnya Engkaulah pengampun
dosa-dosa besar…

  1. Abu Bakar As-Siddiq
  2. Umar Al-Khattab
  3. Uthman bin Affan
  4. Ali bin Abi Talib
  5. Talhah bin Abdullah
  6. Zubair bin Awaam
  7. Abdul Rahman bin Auf
  8. Saad bin Abi Waqas
  9. Said bin Zaid.
  10. Abu Ubaidah bin Al-Jarrah.

Mereka sudah dijanjikan untuk masuk ke syurga.

Mereka adalah penghuni syurga yang dijaminNya.

Mereka adalah manusia seperti kita.

Tapi, adakah kita calon tetap syurga seperti mereka?

Syurga bukan sekadar impi.

Yang paling berhak menjejaknya adalah yang beramal keranaNya.

Yang mewaqafkan kehidupan dan seluruhnya buatNya.

Yang tak henti-henti melangkah mencari redha dan rahmatNya.

nota kaki: tanpa kenal erti penat lelah, sampaikanlah firman Tuhanmu…

 


Seiring

Memperkatakan sesuatu itu mudah.

Melaksanakan apa yang diperkatakan itu bukan mudah.

Hakikatnya, perkataan harus seiring dengan perlaksanaan.

Believers, why do you say what you do not execute? It is most offensive in the sight of Allah when you say what you do not practice!

As-Saff, Surah 61:2-3

Resolusinya, kita buat dan kita seru.