Monthly Archives: September 2011

Bukan semangat sebentar kemudian luntur

“Aku berkata, ‘Wahai Rasulullah, khabarkan kepadaku tentang Islam suatu ucapan yang aku tidak akan bertanya lagi mengenainya kepada seorang pun selainmu.’ Baginda bersabda: Katakanlah, “Aku beriman kepada Allah, kemudian beristiqamahlah!” (Hadis riwayat Muslim)

Jiwa muda itu segar, kuat kudratnya dan tinggi semangatnya.

Tapi tak kurang pula direnggut dengan rasa malas, putus asa dan lemah jati dirinya.

Tadabbur surah Yaasin, (36: 20 – 27).

Menggarap rijal sepertinya.

Hebat dzatiyyah dirinya.

Berani menjelaskan pendiriannya.

Benar dalam percakapannya.

Tidak gentar menyampaikan firman TuhanNya.

Dan (semasa Rasul-rasul itu diancam), datanglah seorang lelaki dari hujung bandar itu dengan berlari, lalu memberi nasihat dengan katanya:” Wahai kaumku! Turutlah Rasul-rasul itu.

“Turutlah orang-orang yang tidak meminta kapada kamu sesuatu balasan, sedang mereka adalah orang-orang mandapat hidayah petunjuk”. 

Dan (apabila ditanya: Sudahkah engkau menerima agama mereka? Maka jawabnya): “Mengapa aku tidak menyembah Tuhan yang menciptakan daku, dan yang kepadaNyalah (aku dan) kamu semua akan dikembalikan? 

“Patutkah aku menyembah beberapa tuhan yang lain dari Allah? (Sudah tentu tidak patut, kerana) jika Allah yang Maha Pemurah hendak menimpakan daku dengan sesuatu bahaya, mereka tidak dapat memberikan sebarang syafaat kepadaku, dan mereka juga tidak dapat menyelamatkan daku.

“Sesungguhnya aku (kalau melakukan syirik) tentulah aku pada ketika itu berada dalam kesesatan yang nyata.

“Sesungguhnya aku telah beriman kepada Tuhan kamu, maka dengarlah (nasihatku)”

(Setelah ia mati) lalu dikatakan kepadanya: “Masuklah ke dalam Syurga”. Ia berkata; “Alangkah baiknya kalau kaumku mengetahui.

“Tentang perkara yang menyebabkan daku diampunkan oleh Tuhanku, serta dijadikannya daku dari orang-orang yang dimuliakan”

Ada pemuda yang lahir serta membesar di tengah-tengah umat yang keadaannya tenang lenang kerana kekuasaannya sudah kukuh dan kemakmuran hidupnya cukup mewah. Maka ia pun lebih banyak menumpukan tenaga untuk dirinya sendiri dari kepentingan umatnya, malah mungkin dia bermain-main dan berfoya dengan senang hati dan tidak berfikir apa-apa.

Di samping itu ada pula pemuda yang lahir membesar di tengah-tengah umat yang terpaksa berjuang dan bertindak kerana mereka dijajah dan dikuasai oleh musuh; oleh itu umat tersebut terpaksa berjuang sedaya upaya untuk mengembalikan hak mereka yang dirampas, harta kekayaan yang disamun. Begitu juga segala kebebasan juga telah hilang. Pada ketika itulah kewajipan utama lagi pertama bagi pemuda tersebut supaya menumpukan segala perhatian demi untuk kepentingan umat lebih banyak dari faedah dirinya sendiri.

(ISHAB)

Kita golongan yang mana satu?

nota kaki: “dan sungguh yang kemudian itu lebih baik bagimu daripada yang permulaan” (93:4). entah bila jasad dan ruh disapa Izrail, ya Allah! matikan aku, kau, dia dan mereka dengan aqidah yang benar dan ibadah yang sahih menuju syurga FirdausiMu..

Advertisements

Terlalu istimewa [5]

Bila cinta Allah mengatasi segalanya. Foto: Road Show Palestin Adelaide 2011 berjaya mengutip AUD 32 022

“Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca Kitab Allah dan tetap mendirikan sembahyang serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara terbuka, mereka (dengan amalan yang demikian) mengharapkan sejenis perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian.” ( Fatir: 29)

Jom ke Australia…(Bah akhir – Adelaide)

from Peduli Ummah : http://zainurrashid.com/?p=1276

Adelaide merupakan destinasi terakhir RSP 2011 Australia pada kali ini.. Bandarnya nampak lebih terurus dan tidak begitu sibuk jika dibandingkan dengan Sydney dan Melbourne dan hanya mempunyai 1.3 juta penduduk.

Komuniti Islam di Adelaide

 

Adelaide Islamic school

Masyarakat Muslim yang tinggal di Adelaide agar ramai dan ada sekurang-kurangnya 6 buah masjid yang besar yang berpungsi sebagai pusat Islam yang aktif digunakan untuk pelbagai aktiviti yang dilaksanakan untuk manfaat komuniti Muslim di sini.

 

Kanak-kanak Melayu di Adelaide

Di sini juga ada sekolah-sekolah dan kolej swasta yang dibangunkan khusus untuk memberikan pendidikan Islam kepada generasi muda Muslim. Bahkan Adelaide juga mempunyai komuniti Melayu yang agak besar yang datangnya dari Malaysia dan Indonesia  samada di kalangan para mahasiswa mahupun di kalangan mereka yang telah pun menetap di sini.

Freemasonry di Australia

 

Pusat kegiatan Freemasonry di Grand Masonic Lodge, Adelaide

Bangunan pertama yang menangkap perhatian saya sebaik sahaja sampai di sini adalah bangunan Grand Masonic Lodge yang terletak di tengah-tengah pusat bandar Adelaide.

Tertera tulisan “Audi Vide Tace” yang diambil daripada bahasa Latin yang bermakna “Hear, see, be silent, if you would live in peace”…..

Apa maksudnya motto ini ya?  Adakah ia bermaksud sebagai satu peringatan supaya masyarakat Australia agar melihat dan mendiamkan diri sahaja apabila berhadapan dengan agenda Freemasonry di negara mereka?

Apakah agenda Freemason?

 

Di Dewan Tertinggi Grand Masonic Logde, Adelaide

Freemason ialah pertubuhan rahsia yang muncul dengan asal usul yang kabur antara akhir abad ke-16 hingga awal abad ke-17. Kini wujud dalam pelbagai bentuk di seluruh dunia dengan keahliannya sekitar 5 juta termasuk 75,000 di Australia dan New Zealand serta lebih kurang 3,000 di Malaysia.

Freemason yang wujud dalam pelbagai bentuk berkongsi prinsip & pandangan moral dan metafizik yang sama yang saling berkongsi kepercayaan kepada satu Makhluk Agung (Supreme Being).

Di antara objektif utama Freemason ialah untuk mendapatkan sokongan melalui rangkaian organisasi rahsia dan membina kekuatan bagi menjayakan cita-cita Zionis termasuklah projek membina ‘The Greater Israel’ & menjayakan projek membangunkan ‘The Solomon Temple’.

Pergerakan ini dibentuk bagi mengembangkan fahaman pro-Yahudi dan Zionis dengan cara bergiat cergas di dalam bidang pendidikan, politik, budaya dan sosial yang mekar berkembang di serata dunia termasuk di Australia dan juga di banyak negara umat Islam. Gerakan ini dikaburkan melalui kegiatan amal seperti membantu keluarga yang miskin dan menganjurkan pertunjukan amal untuk disedekahkan kepada mereka yang memerlukan.

Setelah melawat beberapa buah muzium dan merujuk kepada bahan-bahan kajian di Australia, dianggarkan bahawa lebih kurang 2/3 daripada masyarakat Australia memihak kepada Israel jika dibandingkan dengan 1/3 selebihnya yang memihak kepada Palestin. Ini adalah pastinya kesan daripada propaganda dan pengaruh media Australia yang secara umumnya amat menyebelahi Israel.

Roadshow Palestin 2011 Adelaide

Adelaide dan Sydney adalah destinasi terakhir RSP 2011 Australia setelah ianya berlangsung dengan cemerlang di Melbourne, Tasmania dan Brisbane. Saya merasakan bahawa pihak penganjur dan masyarakat Melayu di Adelaide sudah tentu mahu penganjuran di sini lebih berjaya di atas semangat berlumba-lumba di atas jalan kebaikan.

Sejak awal-awal lagi, Dewan Dom Polski Adelaide telah mula diisi oleh para pengunjung yang memenuhi dewan serta ruang pameran Palestin. Pelbagai bahan pameran yang menarik yang telah dipertontonkan termasuklah sejarah Palestin, album serangan Gaza, pameran tokoh-tokoh pejuang dan juga pameran khas biografi Solahuddin al Ayyubi dan macam-macam lagi.

 

Di antara hasil kerja tangan yang sangat kreatif

Hasil kerja tangan para mahasiswa dan mahasiswi telah turut dipamerkan di galeri pameran selain daripada untuk dilelongkan bagi mendapatkan dana Palestin.

Pelbagai aktiviti menarik telah berlangsung seumpama deklamasi sajak, persembahan nasyid, aktiviti kanak-kanak dan sebagainya selain daripada ceramah utama yang telah saya sampaikan yang bertajuk ‘Masa depan Palestin – Membina Generasi Sehebat Solahuddin’ bagi memenuhi tema RSP kali ini iaitu ‘Searching For Solahuddin’.

 
Kemuncak bagi acara ini ialah ‘live bidding’ bagi menambah koleksi kutipan dana RSP kali ini. Ada 5 bahan hasil tangan yang sangat menarik telah dilelong dan bahan yang terakhir yang dilelongkan telah berjaya mencipta satu sejarah yang unik sekali.
 
 

Kota solahuddin – Kingdom of Faith

Subhanallah….. Model kota ‘The Kingdom of Faith’ yang melambangkan keunggulan perjuangan generasi Solahuddin al-Ayyubi ini adalah hasil kerja tangan beberapa mahasiswi Malaysia di Adelaide dengan penuh ketelitian. Berkat kesungguhan dan keikhlasan mereka yang terlibat, model ini telah dilelong dengan harga AUD 20,222.00 atau kira-kira RM 61,000.00 semasa RSP 2011 di Adelaide ini.

Allah Akbar ! Ini merupakan lelongan hasil kerja tangan yang tertinggi yang pernah saya saksikan di sepanjang Roadshow Palestin di dalam dan di luar negara selama ini.

 

Sebahagian daripada peserta RSP Adelaide

Secara keseluruhannya, RSP 2011 Adelaide telah berjaya disempurnakan dengan begitu cemerlang sekali dan memberikan kesan yang begitu mendalam di hati para pengunjungnya.

 

Para mahasiswi yang merupakan tulang belakang kepada RSP 2011 Adelaide

Sebagai kesimpulannya, RSP 2011 Australia telah mengukir sejarah yang cukup manis di dalam siri Roadshow Palestin yang pernah saya sertai selama ini.

Bagi saya, keinginan berlumba-lumba di dalam perjuangan dan berbuat kebaikan adalah kunci utama kejayaan RSP kali ini. Persiapan dan kesungguhan di dalam menjayakan perancangan yang dibuat bersama telah menyebabkan perjalanannya lancar di semua lokasi Melbourne, Tasmania, Brisbane, Sydney dan kemuncaknya di Adelaide.

Kejayaan Melbourne mengumpulkan dana sebanyak AUD 26,000.00+ telah menyemarakkan semangat teman-teman di lokaliti yang lain sehingga Adelaide berjaya mengumpulkan AUD 32,000.00+. Walaupun target asal kami RM 100,000.00 itu agak besar untuk roadshow kali ini tetapi RSP 2011 Australia telah mencipta sejarah dan berjaya mengumpulkan dana sebanyak RM 200,000.00.

Semoga sumbangan idea, harta dan titik peluh semua yang terbabit ini akan terus diikuti dengan pembinaan generasi yang berjiwa hebat sebagaimana yang telah ditunjukkan oleh generasi cemerlang Solahuddin al Ayyubi.

Moga-moga al Aqsa dan Palestin terus terbela.

Selamat tinggal Australia

Akhir sekali saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih di atas sambutan dan hospitaliti di sepanjang keberadaan kami di sini. Selamat tinggal bumi Kanggaro yang telah meninggalkan seribu kenangan manis ! Semoga kita bersua kembali…..

Salam perjuangan

Dr Z


Terlalu istimewa [4]

Khansa’  Palestina…

Setelah meletusnya intifadhah Al Aqsha tahun 2000, muncullah nama Ummu Nidhal Farhat sebagai Khansa Palestina. Nama aslinya adalah Maryam Muhammad Moheisin, kelahiran Gaza, 24 Desember 1949. Nama Khansa, diambil dari nama Shohabiyah yang terkenal dengan kesabaran dan keteguhannya di zaman Rasulullah SAW kerana seluruh anaknya gugur di medan jihad bersama Rasulullah SAW. Khansa Palestina, juga telah mempersembahkan tiga orang puteranya mening gal dalam peperangan mengusir penjajah Zionis. Tiga orang anaknya; Nidhal Farhat, Muhammad Fathi Farhat, dan Rawad Farhat gugur dalam tugas jihad melawan penjajah Israel. Sementara itu salah seorang anaknya, Wisam Farhat, saat ini masih mendekam di dalam penjara Zionis Israel. Khansa, menjadi simbol kesabaran dan keteguhan kaum ibu yang mengalami kondisi serupa di Palestina. Orang- orang menyebutnya dengan istilah “Khansa Palestina”.

Sulit dilogikakan, seorang ibu yang mendorong puteranya berkompetisi meraih kemuliaan dengan melawan tentara Israel, dan bahkan menasehatinya untuk tidak mundur dari garis depan, sampai menemui ALLAH SWT dalam kondisi syahid.

Untuk menjawab benar-tidaknya anggapan itu, mari kita semak apa yang disampaikan Ummu Nidhal sendiri di Gaza, tepatnya desa Syuja’iyah, Torkeman. Di sebuah rumah sederhana, dengan perabotan rumah seadanya, tanpa bangku dan meja tamu. Di sanalah rumah ibunda Muhammad Farhat yang terkenal dengan julukan “Khansa Palestina” itu hidup. Si pemilik rumah memberitahu, kondisi rumah seperti itu memang sudah menjadi pilihannya, mengingat tuntutan perjuangan yang demikian besar dan ancaman penghancuran rumah oleh buldoser Israel yang memang sudah lama direncanakan Israel.

Israel geram memburu sosok ibu yang melahirkan para pejuang ini. Ia ibu dari Nidhal Farhat dan Muhammad Fathi Farhat yang telah gugur dalam berjuang, serta pejuang Wisam Farhat, yang kini masih ditahan tentara Israel. Tapi bagi Ummu Nidhal, apapun akan tetap dilakukannya, selama dalam ruang perjuangan mengusir penjajah dan mempertahankan Palestina. Ia bercerita, bagaimana dirinya merasa terpanggil untuk melindungi anak-anak muda pejuang yang diburu oleh tentara Israel.

“Saya sering mendengar kondisi anak muda yang diburu oleh tentara Israel. Mereka tidak aman tinggal di rumah mereka. Saya lalu berinisiatif untuk bisa melindungi mereka. Saya minta putera saya yang paling besar, Nidhal untuk menggali lubang di belakang rumah untuk dijadikan bunker para pemuda buronan Israel. Saya lakukan ini, agar ALLAH SWT memuliakan kami sekeluarga sebagai pejuang di jalan-NYA”. Ummu Nidhal, sosok yang mewarisi keberanian tinggi seorang ibu di Palestina.

Sejak anaknya Muhammad Fathi Farhat menginjak usia enam tahun, ia telah katakan padanya,

“Aku ingin engkau berperang melawan Israel dengan senjata, tidak dengan batu.”

Saat ditanya, “Adakah sedikit keraguan, kebimbangan, dalam hati ibu saat mengarahkan anak ke medan juang mengusir penjajah?”

Dengan ungkapan yang tegas dan singkat, ia mengatakan,

“Bagaimana mungkin saya melarang kebaikan dari anak saya? Saya sudah tahu sejak semula bahwa ia harus menjadi anak yang percaya penuh pada saya. Saya sampaikan kepadanya, agar tidak ada informasi rahasia tentang aksi jihadnya kepada saya, agar saya bisa memotivasi dan memberinya semangat. Di bulan Ramadhan, ia menyampaikan kabar gembira pada saya, bahwa ia telah bergabung bersama Brigade Al Qossam, sayap pejuang Hamas, dan tengah bersiap menyongsong syahid dalam sebuah aksi serangan.”

Sang ibu tidak memungkiri gejolak batinnya saat perpisahan dengan Farhat. Mereka kemudian berpelukan. “Saya tidak dapat membendung air mata. Jangan percaya dengan air mata ibu, nak. Ini adalah air mata bangga menjelang pertemuannya dengan bidadari. Pergilah kepada Rabb-Mu dan berjihadlah. Tetaplah seperti itu sampai engkau bertemu ALLAH SWT.”

dari blog http://tamadhar.wordpress.com/about/


Terlalu istimewa [3]

Mencari rijal sepertinya…

Pejuang Islam: Sheikh Ahmad Yassin

– Beliau banyak menumpukan pendidikan pemuda-pemudi Palestin dalam memahami Islam dan tanggungjawab mereka dalam berhadapan dengan Zionis hasil daripada pengaruh Ikhwan.

– Menubuhkan gerakan Majma’ Islami yang banyak menumpukan kebajikan pelarian-pelarian Palestin dan pendidikan Islam.

– Menubuhkan gerakan Majd Mujahidin yang memfokuskan soal jihad di Palestin.

*****

Pejuang Islam: Abdul Aziz al-Rantisi

– ” Semua orang akan mati, mengapa takut dengan kematian? Jika saya diberikan pilihan untuk mati dibedil oleh helikopter Apache ataupun akibat serangan jantung, saya memilih Apache!”

– Semoga Engkau masukkan kami ke dalam syurgaMu ya Allah. Inilah puncak harapanku.”

– Pengasas gerakan HAMAS bersama-sama Syeikh Ahmad yassin sejurus selepas intifadhah pertama.

– Merupakan jurucakap HAMAS di Gaza dan pemimpin politik HAMAS. Lantang membantah pembunuhan beramai-ramai (Holocaust).

– Tidak berapa langkah meninggalkan rumah, kendengaranlah bunyi ledakan. Ternyata helikopter Apache telah siap menunggu dan menganugerahkan apa yang didambakan oleh beliau. Syahid pada 17 April 2004.

–   In sadaqa, saddaqahullahu (Jika dia cakap benar-benar jujur, Allah akan benarkan (kata-katanya) . Hadis Nabi saw kepada seorang sahabat yg dipermulaan perang berkata dia berperang untuk dapat syahid dan anak panah menikan halkumnya. Akhirnya Al-Akh Abdul Aziz Rantisi (foto) dikurniakan Syahid oleh Allah swt dengan bedilan dari helikopter Apache ditengah-tengah Gaza, Palestin. Berbahagialah beliau di Firdaus bersama Rasulullah saw, para Nabi-nabi dan para Sahabat ra. (Ustaz Halim http://inijalanku.wordpress.com/)

*****

Pejuang Islam: Salahuddin Al-Ayyubi

– Nama sebenar ialah Yusuf berketurunan Kurdis. Sejak kecil diajarkan ilmu ketenteraan oleh ayah saudaranya, Asaduddin dan ilmu agama oleh ayahnya, Najmuddin Ayyub (Gabenor Tikrit)

– Menyertai pasukan tentera berkuda Sultan Aleppo sewaktu usia remaja.

– Pasukan bantuan dari Aleppo berjaya membantu mematahkan serangan Tentera Salib. Dilantik menjawat jawatan dalam kerjaan Mesir oleh pemerintah Mesir.

– Menawan Aleppo, membina kelengkapan perang serta menawan kota-kota di sekitar Palestin.

– Menawan Baitul Maqdis pada 15 Oktober 1187 selepas peperangan Hittin.


Terlalu istimewa [2]

Kenapa Palestin terus relevan?

Kenapa Palestin ?

by http://zainurrashid.com/?p=471

(Foto pasukan pengganas bersenjata wanita Zionis yang menjajah Palestin)

Jenayah kejam rejim Yahudi Zionis di Palestin dan di kawasan-kawasan sekitarnya bukanlah sesuatu yang baru di dalam sejarah peradaban dunia moden. Beberapa dekad pasca Deklarasi Balfour 1917 menyaksikan penghijrahan Yahudi Eropah dan Rusia secara pukal ke bumi istimewa ini yang kemudiannya diikuti oleh penjajahan yang sistematik sehingga hilanglah nama Palestin dari peta dunia moden. Peliknya, dunia antarabangsa terus menjadi saksi bisu terhadap rentetan kekejaman bangsa yang sungguh biadap lagi sombong ini.

Tragedi Deir Yassin, Nakbah 1948, Naksah 1967, Sabra Shatila 1982, Khalil,  Jenin, Gaza  dan ratusan lagi siri keganasan rejim Zionis Israel ini bukanlah satu yang rahsia lagi. Masyarakat antarabangsa dan umat Islam hanya mampu menonton, mengutuk atau sekadar bersimpati dengan nasib malang rakyat Palestin. Selagi kuasa besar dunia menjadi boneka yang bersekongkol dengan Pertubuhan Zionis Sedunia, maka selagi itulah siri jenayah ini akan terus bermaharajalela.

Namun begitu masih ramai di kalangan umat Islam di seluruh dunia samada di negara-negara Arab atau di negara-negara Islam lainnya termasuk negara kita sendiri masih begitu naif terhadap permasalahan Palestin yang merupakan isu terbesar umat di abad ini.

Kenapa kita harus turut sibuk dengan isu Palestin?

Isu Palestin adalah isu umat Islam sejagat. Kenapa tidak, di situlah letaknya Masjid al-Aqsa yang merupakan qiblat pertama umat Islam dan tempat berlakunya peristiwa Isra’ dan Mi’raj. Masjid ini adalah masjid yang ke dua dibangunkan di muka bumi selepas Masjid al-Haram dan merupakan masjid yang ke tiga suci di sisi Allah swt. Di bumi inilah telah dihantarnya para nabi secara berkesinambungan termasuklah Nabi Ibrahim, Nabi Sulaiman, Nabi Daud, Nabi Musa, Nabi Isa dan lain-lainnya untuk mengajak manusia agar beriman kepada Allah, Tuhan yang Esa.

Bumi ini telah dijajah silih berganti oleh bangsa Yahudi, Rom dan Parsi sehinggalah ianya dibuka kembali oleh Umar al Khattab yang telah mengistiharkan bahawa bumi ini adalah tanah wakaf milik umat Islam sehingga ke akhir zaman. Selepas itu, Palestin terus dinaungi keamanan dan keadilan di bawah pemerintahan Islam untuk ribuan tahun kecuali di abad ke 12 Masihi apabila bumi ini dinodai dengan kekejaman tentera salib. Namun Palestin telah dibebaskan semula oleh Solahuddin al-Ayyubi yang berketurunan  Kurdi. Tidakkah semua ini menjadi bukti yang kuat bahawa isu Palestin bukan sekadar isu orang Palestin sahaja, bukan isu orang-orang Arab sahaja bahkan isu Palestin adalah isu kita, isu umat Islam sejagat?

Benarkah dakwaan Yahudi bahawa mereka adalah penduduk asal Palestin?

Dakwaan ini sebenarnya adalah fakta sejarah yang telah dipalsukan Yahudi. Rakyat Palestin hari ini adalah keturunan kaum Kan’an yang telah mengasaskan Palestin sejak 4500 tahun dulunya. Ketika Bani Israel mendatangi Palestin, telahpun wujud lebih 200 penempatan di bumi Palestin yang menunjukkan bahawa bukanlah mereka pengasas bumi istimewa ini.

Tidak kita nafikan bahawa Bani Israel pernah memerintah Palestin selama kira-kira 4 abad di sekitar zaman Nabi Daud dan Nabi Sulaiman tetapi kerajaan mereka turut hancur sebagaimana yang telah berlaku kepada kerajaan Firaun, Greek dan Roman disebabkan kefasadan tangan dan kaki mereka sendiri sehingga  mereka semua disingkirkan dari bumi rebutan ini.

Mana-mana bangsa dan tamadun yang celik tentang sejarah peradaban mengakui bahawa Islam adalah pemerintah Palestin yang paling lama dan paling adil sehinggalah berlakunya penjajahan Palestin oleh bangsa Yahudi Zionis yang sombong lagi kejam sejak awal abad ke 20 Masihi.

Adakah umat Islam memusuhi Yahudi?

Sesungguhnya kita tidak memusuhi atau memerangi mereka kerana semata-mata mereka berbangsa atau beragama Yahudi. Sejarah peradaban kemusiaan yang panjang telah membuktikan keadilan Islam kepada semua umat manusia termasuk Yahudi dan bangsa-bangsa serta agama yang lain.

Mereka pernah hidup bersama orang-orang Islam di dalam tempoh yang berabad-abad lamanya dengan menikmati perlindungan dan keadilan daripada pemerintah Islam. Namun mereka kerap diusir oleh semua bangsa di dunia disebabkan kejahatan dan makar yang menjiwai kehidupan mereka seperti yang pernah berlaku di Rusia, Sepanyol, Jerman dan lain-lainnya.

Namun umat Islam kini tidak punyai pilihan dalam berhadapan dengan kezaliman, keganasan dan kerakusan Yahudi Zionis hari ini yang bertindak menjajah bumi Palestin, mengusir penduduk asalnya yang sah, menodai kesucian tempat-tempat yang mulia, melakukan pembunuhan dan penderaan serta ribuan tindakan yang bersifat kebinatangan oleh bangsa yang sombong ini.

Oleh itu, umat Islam mesti bangkit berjuang dan mempertahankan hak-hak asasi mereka daripada dibaham dan diperkosa oleh Zionis Israel ini.

Tidakkah Islam agama yang mengajar kepada perdamaian?

Sesungguhnya Islam mengajar umatnya untuk berbuat baik terhadap orang-orang bukan Islam sebagaimana perkara ini telah dinukilkan banyak kali di dalam al Quran dan juga hadith Rasulullah saw.

Namun isu perjuangan pembebasan Palestin sebenarnya mempunyai dimensi yang lebih luas. Ia adalah pertarungan bersejarah antara umat Muhamad dan kaum Yahudi. Mereka pernah cuba membunuh Rasululah saw beberapa kali dengan menjatuhkan batu besar ke atas baginda dan cubaan untuk meracuni makanan yang dihidangkan kepada baginda. Mereka juga pernah bersekutu dengan orang-orang musyrikin untuk memerangi Rasulullah di dalam peperangan Khandaq.

Selepas itu mereka melakukan berbagai konspirasi untuk menjatuhkan Khilafah Islamiah dan memecah-belahkan umat Islam di dalam sejarah peradaban dunia yag panjang.

Di Palestin sendiri, mereka telah menjajah dengan menduduki lebih daripada 90 peratus tanah milik umat Islam. Lebih daripada 6.45 juta daripada 9.6 juta rakyat Palestin menjadi pelarian yang merempat di negara-negara jiran dan juga di negara mereka sendiri. Perjanjian damai demi perjanjian damai dilakukan tetapi Yahudi Zionis terus melakukan penjajahan demi penjajahan, penangkapan dan penderaan, penindasan dan pembunuhan terhadap rakyat Palestin yang tidak berdosa. Bagaimanakah dengan nasib malang mereka yang telah berlarutan untuk sekian lama ini? Adakah wajar umat yang dizalimi ini memohon dan menagih perdamaian daripada penjajah yang sombong lagi bongkak di dalam konflik yang tertua di dunia ini?

Bukankah orang-orang Arab sepatutnya menolong mereka?

Isu Palestin bukanlah sekadar isu rakyat Palestin atau orang-orang Arab sahaja. Namun isu ini adalah permasalahan sejagat umat Islam. Rasulullah saw sendiri yang telah mengatur strategi untuk pembukaan Palestin bukanlah sekadar seorang rasul untuk orang-orang Arab sahaja bahkan untuk umat manusia di seluruh dunia.

Masjid al-Aqsa adalah merupakan kiblat pertama kepada seluruh umat Islam dan tidaklah dikhususkan untuk bangsa Arab semata-mata. Masjid yang merupakan destinasi Isra dan Mi’raj Rasulullah kini berada di dalam keadaan yang bahaya disebabkan rancangan jahat Yahudi Zionis.

Palestin yang pernah dijajah selama 88 tahun di antara 1099 sehingga 1187M oleh tentera salib yang zalim telah bermandian darah apabila lebih 70 ribu umat Islam di Palestin telah dibunuh dengan kejam oleh mereka semasa penjajahan tersebut. Namun maruah umat telah dikembalikan semula oleh generasi pejuang di bawah pimpinan Solahuddin al-Ayyubi. Perjuangan beliau, yang berketurunan Kurdi ini juga menunjukkan bahawa perjuangan untuk mengembalikan maruah umat terutamanya di Palestin bukanlah sekadar tugas dan tanggungjawab orang-orang Arab sahaja bahkan ini adalah isu sejagat buat umat Islam di seluruh dunia.

Ramai lagi rakyat Malaysia yang susah, kenapa pula bantu Palestin?

Tidak kita nafikan bahawa masih ramai rakyat Malaysia yang susah serta memerlukan bantuan dan kita semua bertanggungjawab untuk membantu mereka. Namun dengan suasana yang aman serta peluang sampainya bantuan yang agak baik menyebabkan ramai di kalangan mereka ini mendapat sumbangan yang sepatutnya. Amalan kebaikan seumpama ini seharusnya disuburkan di kalangan rakyat Malaysia sehingga ianya menjadi sinonim bahawa kepedulian adalah di antara ciri istimewa kita semua.

Suasana di Palestin amat berbeza sekali. Negara mereka dijajah untuk tempoh yang panjang, penduduk mereka dizalimi dan dihalau keluar dari tanah air mereka, pembunuhan dan penderaan berlaku setiap hari, penodaan tempat-tempat suci dilakukan secara berterusan, hak-hak kemanusiaan mereka dinafikan bahkan bantuan asasi juga turut disekat sejak sekian lama.

Apa yang berlaku di Palestin adalah perancangan jahat Yahudi Zionis yang telah disokong secara terang-terangan oleh kuasa-kuasa besar barat dan PBB yang telah dikuasai mereka.

Adalah menjadi tanggungjawab kita semua di Malaysia sebagai manusia yang prihatin untuk membantu isu kemanusiaan yang telah berpanjangan ini. Apatah lagi sebagai seorang Muslim yang bertanggungjawab terhadap kesucian Baitul Maqdis dan Masid al-Aqsa yang telah diancam bahaya yang telah menjadikan permasalahan ini sebagai masalah induk umat di abad ini.

Saya ingin membantu Palestin tetapi bagaimana?

Berbagai cara dan kaedah boleh dilakukan bagi membantu perjuangan pembebasan Palestin atau sekurang-kurangnya meringankan bebanan yang dihadapi oleh saudara kita di sana. Diantaranya ialah :

  1. Memahamkan diri dan umat bahawa isu ini adalah isu kita bersama dan kita semua bertanggungjawab untuk turut mengerah keringat untuk kejayaannya.
  2. Memberikan sumbangan dana untuk Palestin demi pembebasannya atau meringankan bebanan mereka setidak-tidaknya.
  3. Menyebarkan maklumat mengenai permasalahan ini di kalangan masyarakat samada dengan paparan informasi di kaca televisyen, di dada-dada akhbar, di dalam media elektronik dan ceramah-ceramah serta pameran yang berkaitan dengannya.
  4. Melibatkan diri dengan apa jua aktiviti dan sumbangan yang akan membantu ke arah pembebasan masjid al-Aqsa dan Palestin.
  5. Berdoa agar Allah swt memberikan kemenangan kepada umat yang berjuang untuk mencari redhaNya.

Banyak lagi cara yang boleh kita lakukan untuk membantu Palestin. Persoalannya kini, adakah kita telah berbuat sesuatu untuk membuktikan bahawa saudara-saudara kita di sana adalah sebahagian daripada kita?

Salam perjuangan

Dr Z


Terlalu istimewa [1]

Al-Quds, Jerussalam atau Baitul Maqdis terletak di negara Palestin dan mempunyai kedudukan istimewa di hati umat Islam. [dalam gambar: Masjid al-Aqsa]

KIBLAT PERTAMA

Al-Quds pernah menjadi kiblat bagi muslimin. Sejak difardhukan solat lima waktu pada malam Isra’ dan Mi’raj atau tiga tahun sebelum hijrah, Rasulullah saw dan para sahabat solat menghadap ke arah al-Quds.

Keadaan ini berterusan selama enam belas bulan setelah mereka berhijrah ke Madinah, sehingga turunnya ayat al-Quran yang memerintahkan mereka mengubah kiblat ke arah Masjid Al-Haram (tempat letaknya) Kaabah.

“Kerap kali Kami melihat engkau (wahai Muhammad), berulang-ulang menengadah ke langit, maka Kami benarkan engkau berpaling menghadap kiblat yang engkau sukai. Oleh itu palingkanlah mukamu ke arah msjid Al-Haram (tempat letaknya Kaabah), di mana sahaja kamu berada maka hadapkanlah mukamu ke arahnya.” (Al-Baqarah:144)

Orang-orang Yahudi telah mempersoalkan pertukaran arah kiblat ini lalu al-Quran menjawab bahawa setiap arah dan sudut adalah kepunyaan Allah serta berkuasa menentukan arah kiblat mengikut kehendakNya.

“Orang-orang bodoh (yang kurang akal pertimbangannya) akan berkata: “Apa sebabnya yang menjadikan orang-orang Islam berpaling dari kiblat yang mereka menghadapnya selama ini?” Katakanlah (wahai Muhammad):”Timur dan Barat adalah kepunyaan Allah – (maka ke pihak mana sahaja kita diarahkan Allah menghadapnya, wajiblah kita mematuhiNya), Allah yang memberikan petunjuk hidayahNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya ke jalan yang lurus.”(Al-Baqarah: 142)

Orang- orang Yahudi juga mendakwa setelah turunnya ayat pertukaran arah kiblat ini bermakna solat umat Islam selama ini sia-sia sahaja kerana menjadikan Baitul Maqdis sebagai kiblat. Hal ini telah dijawab oleh Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 143 yang bermaksud:

“Dan Allah tidak akan mensia-siakan iman kamu.”

Maksudnya, Allah tidak akan mensia-siakan solat kamu kerana kiblat Baitul Maqdis adalah kiblat yang sah dan diredhai Allah swt.

 BUMI ISRA’ DAN MI’RAJ

Al-Quds adalah destinasi Isra’ Rasulullah dan tempat bertolak Mi’raj baginda ke langit. Perjalanan Isra’ dan Mi’raj bermula dari Masjidil Haram di Mekah menuju ke Masjid al-Aqsa dan seterusnya diangkat ke langit. Peristiwa ini dirakam dalam surah al-Isra’, ayat pertama.

“Maha Suci Allah telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidil Haram (di Mekah) ke Masjid al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat.”

Ayat ini memberikan perhatian khusus kepada Masjid al-Aqsa dengan menyifatkannya sebagai “yang diberkati di sekelilingnya”. Jika kawasan sekelilingnya diberkati, sudah tentu Masjid al-Aqsa sendiri lebih utama diberkati. Hikmah mengapa perjalanan Isra’ dan Mi’raj melalui Masjid al-Aqsa ialah penegasan tentang hubungan rapat antara kedua-dua masjid tersebut. Umat Islam bertanggungjawab memelihara kesucian kedua-dua masjid tersebut serentak.

BANDAR SUCI KETIGA

Al-Quds adalah bandar suci ketiga bagi umat Islam selepas Mekah al-Mukarramah dan Madinah al-Munawarrah. Allah telah memuliakan Mekah dengan Masjid al-Haram, Madinah dengan Masjid an-Nabawi dan al-Quds dengan Masjid al-Aqsa yang diberkati kawasan sekitarnya.

“Tidak harus bersungguh untuk bermusafir kecuali ke tiga masjid: Masjid al-Haram, Masjid al-Aqsa dan MasjidKu ini.” (Hadith Sahih dari Abu Hurairah)

Maksudnya tidak harus bagi seorang muslim berazam untuk bermusafir semata-mata untuk solat di mana-mana masjid di atas muka bumi ini kecuali di tiga buah masjid iaitu Masjid al-Haram, Masjid al-Aqsa dan Masjid Nabawi.

BUMI PARA ANBIYA’

Bumi Palestin adalah tanah kelahiran para anbiya’. Al-Quran menyebutkan bahawa Nabi Ibrahim, Nabi Lut, Nabi Ismail, Nabi Ishaq, Nabi Yakub, Nabi Yusuf, Nabi Daud, Nabi Sulaiman, Nabi Saleh, Nabi Zakaria, Nabi Yahya dan Nabi Isa semuanya tinggal di Palestin dan rasul terakhir Nabi Muhammad pernah menziarahi negeri ini.

“Dan Kami selamatkan dia dan (sepupunya) Nabi Lut ke negeri yang Kami limpahkan berkat padanya untuk umat manusia.” (al-Anbiya’:71)

 “Dan kami wariskan kepada kaum (Bani Israel yang telah tertindas itu akan daerah-daerah timur bumi (Palestin) dan daerah-daerah baratnya, yang Kami telah melimpahkan berkat padanya.” (al-‘Araf:137)

Dan (Kami mudahkan) bagi Nabi Sulaiman angin kencang tiupannya, bertiup menurut kehendaknya ke negeri yang Kami limpahi berkat padanya, dan adalah Kami mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.” (al-Anbiya’:81)

Begitulah kedudukan Baitul Maqdis di sisi umat Islam. Palestin adalah ibarat sebutir mutiara di tengah-tengah peta dunia Islam. Ia tidak boleh ditukar ganti atau dijual beli. Ia begitu berharga. Penjajahan Yahudi mesti ditamatkan segera agar tanah suci itu kembali ke pangkuan umat Islam.

Kita dituntut agar menunaikan beberapa kewajipan terhadap saudara seaqidah. Umat Islam dituntut membela nasib saudara seagamanya dengan menggunakan harta, jiwa dan apa sahaja yang mereka miliki.

“Hai orang-orang yang beriman jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu”. (Muhammad: 7)

“Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa”. (Al Hajj: 40) 

Many Muslims think the Al-Sakhrah Mosque (shown on the right) also known as the “Dome of the rock” is the Al-Aqsa Mosque!! This is not true!

sumber:

Palestin: Meniti rentetan sejarah karangan Dr Zainur Rashid Z & Dr Hussaini R.

Isu Palestin karangan Ustaz Mohd Hazizi Ab Rahman