Terlalu istimewa [1]

Al-Quds, Jerussalam atau Baitul Maqdis terletak di negara Palestin dan mempunyai kedudukan istimewa di hati umat Islam. [dalam gambar: Masjid al-Aqsa]

KIBLAT PERTAMA

Al-Quds pernah menjadi kiblat bagi muslimin. Sejak difardhukan solat lima waktu pada malam Isra’ dan Mi’raj atau tiga tahun sebelum hijrah, Rasulullah saw dan para sahabat solat menghadap ke arah al-Quds.

Keadaan ini berterusan selama enam belas bulan setelah mereka berhijrah ke Madinah, sehingga turunnya ayat al-Quran yang memerintahkan mereka mengubah kiblat ke arah Masjid Al-Haram (tempat letaknya) Kaabah.

“Kerap kali Kami melihat engkau (wahai Muhammad), berulang-ulang menengadah ke langit, maka Kami benarkan engkau berpaling menghadap kiblat yang engkau sukai. Oleh itu palingkanlah mukamu ke arah msjid Al-Haram (tempat letaknya Kaabah), di mana sahaja kamu berada maka hadapkanlah mukamu ke arahnya.” (Al-Baqarah:144)

Orang-orang Yahudi telah mempersoalkan pertukaran arah kiblat ini lalu al-Quran menjawab bahawa setiap arah dan sudut adalah kepunyaan Allah serta berkuasa menentukan arah kiblat mengikut kehendakNya.

“Orang-orang bodoh (yang kurang akal pertimbangannya) akan berkata: “Apa sebabnya yang menjadikan orang-orang Islam berpaling dari kiblat yang mereka menghadapnya selama ini?” Katakanlah (wahai Muhammad):”Timur dan Barat adalah kepunyaan Allah – (maka ke pihak mana sahaja kita diarahkan Allah menghadapnya, wajiblah kita mematuhiNya), Allah yang memberikan petunjuk hidayahNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya ke jalan yang lurus.”(Al-Baqarah: 142)

Orang- orang Yahudi juga mendakwa setelah turunnya ayat pertukaran arah kiblat ini bermakna solat umat Islam selama ini sia-sia sahaja kerana menjadikan Baitul Maqdis sebagai kiblat. Hal ini telah dijawab oleh Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 143 yang bermaksud:

“Dan Allah tidak akan mensia-siakan iman kamu.”

Maksudnya, Allah tidak akan mensia-siakan solat kamu kerana kiblat Baitul Maqdis adalah kiblat yang sah dan diredhai Allah swt.

 BUMI ISRA’ DAN MI’RAJ

Al-Quds adalah destinasi Isra’ Rasulullah dan tempat bertolak Mi’raj baginda ke langit. Perjalanan Isra’ dan Mi’raj bermula dari Masjidil Haram di Mekah menuju ke Masjid al-Aqsa dan seterusnya diangkat ke langit. Peristiwa ini dirakam dalam surah al-Isra’, ayat pertama.

“Maha Suci Allah telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidil Haram (di Mekah) ke Masjid al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat.”

Ayat ini memberikan perhatian khusus kepada Masjid al-Aqsa dengan menyifatkannya sebagai “yang diberkati di sekelilingnya”. Jika kawasan sekelilingnya diberkati, sudah tentu Masjid al-Aqsa sendiri lebih utama diberkati. Hikmah mengapa perjalanan Isra’ dan Mi’raj melalui Masjid al-Aqsa ialah penegasan tentang hubungan rapat antara kedua-dua masjid tersebut. Umat Islam bertanggungjawab memelihara kesucian kedua-dua masjid tersebut serentak.

BANDAR SUCI KETIGA

Al-Quds adalah bandar suci ketiga bagi umat Islam selepas Mekah al-Mukarramah dan Madinah al-Munawarrah. Allah telah memuliakan Mekah dengan Masjid al-Haram, Madinah dengan Masjid an-Nabawi dan al-Quds dengan Masjid al-Aqsa yang diberkati kawasan sekitarnya.

“Tidak harus bersungguh untuk bermusafir kecuali ke tiga masjid: Masjid al-Haram, Masjid al-Aqsa dan MasjidKu ini.” (Hadith Sahih dari Abu Hurairah)

Maksudnya tidak harus bagi seorang muslim berazam untuk bermusafir semata-mata untuk solat di mana-mana masjid di atas muka bumi ini kecuali di tiga buah masjid iaitu Masjid al-Haram, Masjid al-Aqsa dan Masjid Nabawi.

BUMI PARA ANBIYA’

Bumi Palestin adalah tanah kelahiran para anbiya’. Al-Quran menyebutkan bahawa Nabi Ibrahim, Nabi Lut, Nabi Ismail, Nabi Ishaq, Nabi Yakub, Nabi Yusuf, Nabi Daud, Nabi Sulaiman, Nabi Saleh, Nabi Zakaria, Nabi Yahya dan Nabi Isa semuanya tinggal di Palestin dan rasul terakhir Nabi Muhammad pernah menziarahi negeri ini.

“Dan Kami selamatkan dia dan (sepupunya) Nabi Lut ke negeri yang Kami limpahkan berkat padanya untuk umat manusia.” (al-Anbiya’:71)

 “Dan kami wariskan kepada kaum (Bani Israel yang telah tertindas itu akan daerah-daerah timur bumi (Palestin) dan daerah-daerah baratnya, yang Kami telah melimpahkan berkat padanya.” (al-‘Araf:137)

Dan (Kami mudahkan) bagi Nabi Sulaiman angin kencang tiupannya, bertiup menurut kehendaknya ke negeri yang Kami limpahi berkat padanya, dan adalah Kami mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.” (al-Anbiya’:81)

Begitulah kedudukan Baitul Maqdis di sisi umat Islam. Palestin adalah ibarat sebutir mutiara di tengah-tengah peta dunia Islam. Ia tidak boleh ditukar ganti atau dijual beli. Ia begitu berharga. Penjajahan Yahudi mesti ditamatkan segera agar tanah suci itu kembali ke pangkuan umat Islam.

Kita dituntut agar menunaikan beberapa kewajipan terhadap saudara seaqidah. Umat Islam dituntut membela nasib saudara seagamanya dengan menggunakan harta, jiwa dan apa sahaja yang mereka miliki.

“Hai orang-orang yang beriman jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu”. (Muhammad: 7)

“Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa”. (Al Hajj: 40) 

Many Muslims think the Al-Sakhrah Mosque (shown on the right) also known as the “Dome of the rock” is the Al-Aqsa Mosque!! This is not true!

sumber:

Palestin: Meniti rentetan sejarah karangan Dr Zainur Rashid Z & Dr Hussaini R.

Isu Palestin karangan Ustaz Mohd Hazizi Ab Rahman


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: