Terlalu istimewa [5]

Bila cinta Allah mengatasi segalanya. Foto: Road Show Palestin Adelaide 2011 berjaya mengutip AUD 32 022

“Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca Kitab Allah dan tetap mendirikan sembahyang serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara terbuka, mereka (dengan amalan yang demikian) mengharapkan sejenis perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian.” ( Fatir: 29)

Jom ke Australia…(Bah akhir – Adelaide)

from Peduli Ummah : http://zainurrashid.com/?p=1276

Adelaide merupakan destinasi terakhir RSP 2011 Australia pada kali ini.. Bandarnya nampak lebih terurus dan tidak begitu sibuk jika dibandingkan dengan Sydney dan Melbourne dan hanya mempunyai 1.3 juta penduduk.

Komuniti Islam di Adelaide

 

Adelaide Islamic school

Masyarakat Muslim yang tinggal di Adelaide agar ramai dan ada sekurang-kurangnya 6 buah masjid yang besar yang berpungsi sebagai pusat Islam yang aktif digunakan untuk pelbagai aktiviti yang dilaksanakan untuk manfaat komuniti Muslim di sini.

 

Kanak-kanak Melayu di Adelaide

Di sini juga ada sekolah-sekolah dan kolej swasta yang dibangunkan khusus untuk memberikan pendidikan Islam kepada generasi muda Muslim. Bahkan Adelaide juga mempunyai komuniti Melayu yang agak besar yang datangnya dari Malaysia dan Indonesia  samada di kalangan para mahasiswa mahupun di kalangan mereka yang telah pun menetap di sini.

Freemasonry di Australia

 

Pusat kegiatan Freemasonry di Grand Masonic Lodge, Adelaide

Bangunan pertama yang menangkap perhatian saya sebaik sahaja sampai di sini adalah bangunan Grand Masonic Lodge yang terletak di tengah-tengah pusat bandar Adelaide.

Tertera tulisan “Audi Vide Tace” yang diambil daripada bahasa Latin yang bermakna “Hear, see, be silent, if you would live in peace”…..

Apa maksudnya motto ini ya?  Adakah ia bermaksud sebagai satu peringatan supaya masyarakat Australia agar melihat dan mendiamkan diri sahaja apabila berhadapan dengan agenda Freemasonry di negara mereka?

Apakah agenda Freemason?

 

Di Dewan Tertinggi Grand Masonic Logde, Adelaide

Freemason ialah pertubuhan rahsia yang muncul dengan asal usul yang kabur antara akhir abad ke-16 hingga awal abad ke-17. Kini wujud dalam pelbagai bentuk di seluruh dunia dengan keahliannya sekitar 5 juta termasuk 75,000 di Australia dan New Zealand serta lebih kurang 3,000 di Malaysia.

Freemason yang wujud dalam pelbagai bentuk berkongsi prinsip & pandangan moral dan metafizik yang sama yang saling berkongsi kepercayaan kepada satu Makhluk Agung (Supreme Being).

Di antara objektif utama Freemason ialah untuk mendapatkan sokongan melalui rangkaian organisasi rahsia dan membina kekuatan bagi menjayakan cita-cita Zionis termasuklah projek membina ‘The Greater Israel’ & menjayakan projek membangunkan ‘The Solomon Temple’.

Pergerakan ini dibentuk bagi mengembangkan fahaman pro-Yahudi dan Zionis dengan cara bergiat cergas di dalam bidang pendidikan, politik, budaya dan sosial yang mekar berkembang di serata dunia termasuk di Australia dan juga di banyak negara umat Islam. Gerakan ini dikaburkan melalui kegiatan amal seperti membantu keluarga yang miskin dan menganjurkan pertunjukan amal untuk disedekahkan kepada mereka yang memerlukan.

Setelah melawat beberapa buah muzium dan merujuk kepada bahan-bahan kajian di Australia, dianggarkan bahawa lebih kurang 2/3 daripada masyarakat Australia memihak kepada Israel jika dibandingkan dengan 1/3 selebihnya yang memihak kepada Palestin. Ini adalah pastinya kesan daripada propaganda dan pengaruh media Australia yang secara umumnya amat menyebelahi Israel.

Roadshow Palestin 2011 Adelaide

Adelaide dan Sydney adalah destinasi terakhir RSP 2011 Australia setelah ianya berlangsung dengan cemerlang di Melbourne, Tasmania dan Brisbane. Saya merasakan bahawa pihak penganjur dan masyarakat Melayu di Adelaide sudah tentu mahu penganjuran di sini lebih berjaya di atas semangat berlumba-lumba di atas jalan kebaikan.

Sejak awal-awal lagi, Dewan Dom Polski Adelaide telah mula diisi oleh para pengunjung yang memenuhi dewan serta ruang pameran Palestin. Pelbagai bahan pameran yang menarik yang telah dipertontonkan termasuklah sejarah Palestin, album serangan Gaza, pameran tokoh-tokoh pejuang dan juga pameran khas biografi Solahuddin al Ayyubi dan macam-macam lagi.

 

Di antara hasil kerja tangan yang sangat kreatif

Hasil kerja tangan para mahasiswa dan mahasiswi telah turut dipamerkan di galeri pameran selain daripada untuk dilelongkan bagi mendapatkan dana Palestin.

Pelbagai aktiviti menarik telah berlangsung seumpama deklamasi sajak, persembahan nasyid, aktiviti kanak-kanak dan sebagainya selain daripada ceramah utama yang telah saya sampaikan yang bertajuk ‘Masa depan Palestin – Membina Generasi Sehebat Solahuddin’ bagi memenuhi tema RSP kali ini iaitu ‘Searching For Solahuddin’.

 
Kemuncak bagi acara ini ialah ‘live bidding’ bagi menambah koleksi kutipan dana RSP kali ini. Ada 5 bahan hasil tangan yang sangat menarik telah dilelong dan bahan yang terakhir yang dilelongkan telah berjaya mencipta satu sejarah yang unik sekali.
 
 

Kota solahuddin – Kingdom of Faith

Subhanallah….. Model kota ‘The Kingdom of Faith’ yang melambangkan keunggulan perjuangan generasi Solahuddin al-Ayyubi ini adalah hasil kerja tangan beberapa mahasiswi Malaysia di Adelaide dengan penuh ketelitian. Berkat kesungguhan dan keikhlasan mereka yang terlibat, model ini telah dilelong dengan harga AUD 20,222.00 atau kira-kira RM 61,000.00 semasa RSP 2011 di Adelaide ini.

Allah Akbar ! Ini merupakan lelongan hasil kerja tangan yang tertinggi yang pernah saya saksikan di sepanjang Roadshow Palestin di dalam dan di luar negara selama ini.

 

Sebahagian daripada peserta RSP Adelaide

Secara keseluruhannya, RSP 2011 Adelaide telah berjaya disempurnakan dengan begitu cemerlang sekali dan memberikan kesan yang begitu mendalam di hati para pengunjungnya.

 

Para mahasiswi yang merupakan tulang belakang kepada RSP 2011 Adelaide

Sebagai kesimpulannya, RSP 2011 Australia telah mengukir sejarah yang cukup manis di dalam siri Roadshow Palestin yang pernah saya sertai selama ini.

Bagi saya, keinginan berlumba-lumba di dalam perjuangan dan berbuat kebaikan adalah kunci utama kejayaan RSP kali ini. Persiapan dan kesungguhan di dalam menjayakan perancangan yang dibuat bersama telah menyebabkan perjalanannya lancar di semua lokasi Melbourne, Tasmania, Brisbane, Sydney dan kemuncaknya di Adelaide.

Kejayaan Melbourne mengumpulkan dana sebanyak AUD 26,000.00+ telah menyemarakkan semangat teman-teman di lokaliti yang lain sehingga Adelaide berjaya mengumpulkan AUD 32,000.00+. Walaupun target asal kami RM 100,000.00 itu agak besar untuk roadshow kali ini tetapi RSP 2011 Australia telah mencipta sejarah dan berjaya mengumpulkan dana sebanyak RM 200,000.00.

Semoga sumbangan idea, harta dan titik peluh semua yang terbabit ini akan terus diikuti dengan pembinaan generasi yang berjiwa hebat sebagaimana yang telah ditunjukkan oleh generasi cemerlang Solahuddin al Ayyubi.

Moga-moga al Aqsa dan Palestin terus terbela.

Selamat tinggal Australia

Akhir sekali saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih di atas sambutan dan hospitaliti di sepanjang keberadaan kami di sini. Selamat tinggal bumi Kanggaro yang telah meninggalkan seribu kenangan manis ! Semoga kita bersua kembali…..

Salam perjuangan

Dr Z


One response to “Terlalu istimewa [5]

  • Dr Z

    Tahniah untuk semua yang terlibat. Pemergian ke OZ kali ini telah memberikan inspirasi baru yang memberangsangkan selain daripada seribu satu kenangan manis.

    Salam perjuangan

    Dr Z

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: