Ketemu cinta [1]

Dari jiwa yang mencintai kerana Allah…moga tsabat jadi buah amal…

Kalau dulu, kita dijemput bersama menjadi penumpang bahtera, melihat mereka mendayung, membawa kita kepada matlamat syurga. Ada yang pergi, ada yang kekal, ada yang penat, ada juga yang makin rancak.

Kini, kita tahu, bukanlah kita untuk ke syurga selama-lamanya menjadi penumpang, tetapi, kita harus juga mendayung…

Dari hari ke hari…kadang kita penat dan letih…

Mari kita duduk, bersantai di muara, sebelum mendayung semula, mengikut arus deras jalan ini…

Di manakah kita?

Terselewengkah kita dari matlamat?

“Jalan dakwah adalah satu jalan yang pernah dilalui dan dijalani Rasulullah dan para sahabatnya dulu. Jalan ini juga dilalui oleh para du’at dan kita juga harus berjalan di atas jalan itu, insyaAllah dengan taufiq dari Allah kelak, berbekalkan iman, amal, kasih sayang, dan persaudaraan. Kita mengajak mereka kepada beriman dan beramal kemudian menyatukan hati-hati mereka atas kasih sayang dan persaudaraan. Maka, terkumpullah kekuatan dan tenaga aqidah menjadi tenaga penyatuan, dan jadilah jemaah mereka sebagai contoh yang pasti akan melahir kalimahnya dan mendapat kemenangan dakwahnya, walaupun dihalangi oleh seluruh penghuni bumi ini” (ISHAB)

Namun, godaan syaitan takkan membiarkan kita melangkah semudah itu. Matlamat yang bersifat halus dalam jiwa akan mudah diseleweng oleh syaitan. Di antara ciri-ciri penyakit godaan syaitan seperti yang kita lihat ialah bagaimana orang menganggap dirinya lebih berkebolehan dari orang lain, lebih pintar, pandai menyusun perancangan, lebih tahu tentang selok-belok politik dan tipu helah musuh. Ia meninggi diri dengan merendah-rendahkan kebolehan orang lain walaupun orang-orang yang direndahkan itu lebih matang daripadanya dalam masalah dakwah.

Orang-orang seperti ini andainya menjadi kenyataan atau terbukti kejayaan melalui rancangan dan usahanya, akan mendabik dada berbangga dengan kebolehan dan keupayaannya sebagai genius (paling bijak). Ia lupa kepada pemberian, pertolongan dan taufiq dari Allah. Kononnya, tanpa kebolehan dan kepintarannya, kejayaan kebaikan itu tidak akan menjadi kenyataan. Ini mengingatkan kita kepada ungkapan Qarun dengan kesombongannya,” Apa yang kuperolehi ini adalah kerana pengetahuan yang ada padaku.”

Kita pernah melihat orang yang berpenyakit gila pimpinan. Ia begitu rakus mencari dan memikat orang untuk menjadi pengikutnya sendiri lebih daripada untuk menjadi pengikut jemaah. Ada pula orang-orang yang memberi peransang kepadanya dalam krisis ini. Oleh itu, amat penting beringat dan berwaspada terhadap orang-orang seperti ini walau setinggi mana kebolehan dan kepakaran mereka sekalipun.

Harus diketahui, sesungguhnya orang yang kelihatan padanya ciri-ciri penyakit tersebut tidak akan mengaku kewujudan penyakit-penyakit itu dalam dirinya mungkin kerana ia tidak sedar setelah dikaburkan oleh iblis atau supaya tidak diambil tindakan ke atasnya.

Ketahuilah bahawa mengekalkan orang-orang yang berpenyakit demikian dalam barisan jemah setelah tidak dapat diubati penyakitnya adalah lebih bahaya dan memudharatkan barisan jemaah. Lebih baik singkirkan mereka. Mengekalkan mereka dalam barisan jemaah beerti memberi peluang kepada penyelewengan, membocorkan rahsia kepada orang luar, membuka pintu kepada kecuaian dan tidak beriltizam. Akhirnya orang tidak mengatakan si fulan itu menyeleweng, sebaliknya dikatakan barisan jemaah itu sudah pincang kerana masih ada penyelewengan di dalamnya.

“Tetapi bila tiba waktunya, ranting yang direntap itu tercabut dari induknya sebagai kayu kering di tangannya kering tidak berjiwa, dan pohon besar itu kekal seperti biasa.”

Atas dasar mencintaimu dalam aqidah jalan dakwah ini, tolong jauhi aku dari sifat yang membuat aku disingkirkan jauh dari jalan ini. Dan kerana aku tahu, kita sememangnya cintakan jalan dakwah yang membawa kita ke syurga abadi ini, aku juga menasihatimu supaya menjauhi jalan penyelewengan ini.

Jangan biarkan arus deras mengeringkan jiwa-jiwa yang basah. Malah seharusnya arus itu membuatkan kita tak kering, terus dibasahi dengan lambakan iman, aqidah, taqwa dan muraqabah….dari hulunya hinggalah ke muara…

Jalan Dakwah: antara keaslian dan penyelewengan( Mustafa Mashyur)

nota kaki: 0809 SBSMN State library- Ketemu cinta…mula bertatih, kemudian melangkah dan ingin berjalan..moga mampu berlari di akhirnya hingga tiba di pintu FirdausiNya…


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: