Ketemu cinta [2]

Tiada jalan lain…kerana syurga itu terlalu indah untuk dicapai dengan mudah…

“Wahai pemuda, seandainya kamu meyakini fikrah kami dan kamu mengikuti jejak langkah kami dan kamu bersama kami di atas jalan Islam yang murni ini, kamu tinggalkan segala fikrah kecuali fikrah Islam dan kamu waqafkan segala tenaga dan usaha kamu untuk aqidah yang kamu yakini ini, maka semua itu akan mendatangkan kebaikan untukmu di dunia dan akhirat. Allah akan membuktikan kepadamu apa yang telah dibuktikan kepada generasi Islam pertama dahulu. Setiap orang yang bekerja dengan penuh ikhlas dan setia dalam medan dakwah ini akan mendapat sesuatu yang mengisi hemah dan cita-citanya. Ia akan mendapati sesuatu yang mengisi segala daya dan tenaga yang ada padanya. Tetapi sekiranya kamu enggan dan memilih sikap yang mengecewakan dan menyesatkan, maka sesungguhnya angkatan Islam dan tentera-tentera Allah akan meneruskan perjalanan mereka tanpa mengira bilangan sama ada sedikit atau ramai. (ISHAB)

“Dan kemenangan itu hanyalah dari Allah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana” (Al Imran:216)

Bila kita sebut Tariqud Dakwah, kita memaksudkan Jalan Kepada Allah, jalan keredhaan dan syurga Allah, jalan yang telah dijalani oleh Rasulullah, jalan yang sama pernah dijalani oleh para Rasul, jalan untuk mukminin dan itulah jalan isratul mustaqim.

Di atas jalan dakwah, kita berusaha untuk sampai ke matlamat paling tinggi dan untuk sampai ke sasaran paling agung. Matlamat kita ialah Allah, sasaran kita ialah mengukuhkan agama Allah di muka bumi menegakkan Daulah Islam hingga tidak ada fitnah, dan jadilah agama semuanya untuk Allah “Jalan Rasulullah adalah sebaik-baik ikutan”. Justeru itu, penglibatan dan tanggungjawab serta iltizam kita di jalan ini, sabar dengan kepayahan dan perjalanan walaupun jauh, sekali-kali kita tidak akan menyimpang ke jalan lain dengan izin Allah dan sekali-kali kita tidak rela dengan jalan-jalan lain.

Pemudi Islam yang memegang naskhah ini adalah pemudi yang benar-benar berbangga dan merasa izzah dengan Islamnya. Bukan pemudi yang berjiwa kecil. Besar jiwanya. Tiap langkah yang diambil, adalah selangkah mara ke hadapan. Setiap langkah adalah langkah permulaan. Setiap langkah adalah langkah setelah diperbaharui semangatnya…

Semangat mereka tidak akan pudar, kerana semangat mereka ditiup oleh Al-Quran, kalam Allah yang dijanjikan Allah, tidak akan pernah luput sampai bila-bila. Setiap mereka yang diajak, adalah diajak kepada Allah.

Langkah yang bakal menyusul juga adalah langkah permulaan. Permulaan yang memberi nafas baru kepada mereka untuk mendaki tangga dakwah yang sememangnya dijanjikan kemenangan oleh Allah.

Jalan Dakwah,  Mustafa Mashyur


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: