Monthly Archives: November 2011

Mengejar sempurna

Sungguh, tiada kesempurnaan pada setiap makhluk. Yang ada cuma usaha untuk menuju ke arah kesempurnaan itu. Mengejarkan sempurna.

Alam kaku bagai diwarnakan
Putih hitam kelabu
Hingga tiba terbitnya mentari
Yang dihias pelangi
Melengkapi sebuah perjalanan
Kau dan aku bersamanya, seiringan

Berlari ke impian
Terbang ke puncak awan
Andai jatuh tersimpuh
Lantas kau hulur tangan
Bersama kita bangun
Teruskan kehidupan

Mengejarkan sempurna
Hingga capai angkasa
Namun kan hilang makna
Andainya kau tiada
Walau derasnya masa
Segalanya takkan berubah

Zahirnya ketetapan
Pasti akan ada pasang, pasti akan ada surutnya
Kala kita teruji, disitulah letak nya erti
Erti sebuah kesetiaan

Advertisements

Ikhlas. Usaha. Doa. Tawakkal

Ijazah adalah alat, risalah adalah matlamat…Betulkan niat. Jaga hubungan dengan Allah dan manusia. Mujahadah semaksimum mungkin.

Semoga Allah redha.