Menghitung syukur…

Menghitung syukur, nescaya kau tak mampu mengukur…Alhamdullillah ‘ala kulli hal.

Ramadhan & Syawal

“Wahai orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang sebelum kamu, agar kamu bertaqwa.” (Al Baqarah 2: 183)

Ramadhan. Bulan barakah, bulan maghfirah, bulan tarbiyyah. Apakah Ramadhan lalu menjadikan kita kembali kepada fitrah? Apakah Syawal kita dirai dengan kemenangan berbuah taqwa? Sejauh mana checklist Ramadhan yang  dilaksanakan dapat dikekalkan hingga saat ini? Sama-sama kita muhasabah. Moga Ramadhan & Syawal yang dilalui terus memberikan kekuatan dalam langkah perjalanan menuju istiqamah.

Ramadhan & Syawal yang penuh dengan warna-warni. Setelah 4 tahun berpuasa dan beraya di bumi Selatan Australia, alhamdulillah tahun ini diberi kesempatan untuk bersama temna-teman dan ahli keluarga di tanah air Malaysia. Nikmat keluarga bahagia. Nikmat ukhuwwah kerana Dia. Terima kasih Allah.

Kesihatan & Farmasi

“Sesungguhnya kamu mempunyai tanggungjawab utk menunaikan hak terhadap tubuh badan kamu.” (Hadis Riwayat Bukhari)

“Orang mukmin yang kuat lebih baik dan disukai oleh Allah daripada orang mukmin yang lemah.” (Hadis Riwayat Muslim)

Berdepan dengan pesakit setiap hari sentiasa mengingatkan diri tentang betapa anugerah kesihatan adalah nikmat yang tak dapat dihitung dengan apa sekalipun. Sebab itu dalam muwasaffat tarbiyyah yang kita pelajari, salah satu tuntutan adalah sihat tubuh badan (qawiyyul jismi). Kesihatan yang baik mendorong seseorang untuk melaksanakan amanah dengan semaksima dan sesempurna mungkin dalam setiap perkara terutamanya peranan kita sebagai hamba pada Allah.

Bila diri diuji dengan kesakitan, kadang baru kita hargai nikmat kesihatan. Namun,situasi apa pun yang mengena pada diri kita, sihat atau sakit, keduanya adalah nikmat yang harus disyukuri. Moga dengan kesihatan yang baik mampu meningkatkan nilai amal buatNya. Moga dengan kesakitan yang dialami mampu meghapus dosa-dosa sekaligus mendekatkan kita padaNya.

Dah lima bulan berkhidmat sebagai PRP. How time flies.  Moga kerjaya ini mematangkan diri dan mendatangkan manfaat buat ummah.

Dakwah & tarbiyyah

“Dan segeralah kamu kepada mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat keampunan dari Tuhan kamu dan mendapat syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang bertakwa”. (Al-Imran:133)

“Dan siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah  dan mengerjakan kebajikan dan berkata, ‘Sungguh, aku termasuk orang-orang Muslim (yang berserah diri).'” (Fussilat, 41: 33)

Jalan yang menemukan cintaNya. Terasa diri masih jauh dalam perjalanan. Tapi sampai bila harus bertatih? Harus belajar berjalan dan berlari kerana syurga itu terlalu indah untuk digapai dengan mudah. Kena bekerja kuat untuk kekal teguh. Kena berkorban lebih untuk terus thabat.

Tarbiyyah itu pengembangan. Uji potensi diri. Yang bulat tak datang bergolek, yang pipih tak datang melayang. Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Dalam fikrah yang kita fahami, usaha itulah yang dituntut bukan hasil yang dikejar. Masih banyak cabaran dan tribulasi di hadapan. Harus lebih kuat. Bina diri, keluarga, masyarakat, negara seterusnya Islam menguasai ustaziatul alam.

Hiduplah untuk mengejar redha Allah.

***

Menerima banyak jemputan walimatul urus dari sahabat akhir2 ini. Buat yang bakal dan yang sudah mengikat mitsaqan ghaliza, semoga baitul muslim yang dibina menjadi asbab hidayah buat ummah. Moga bahagia hingga ke syurga!


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: