Category Archives: Tarbiyyah Lensa

Be strong!

You’ll never know how strong you are until being strong is the only choice you have.

Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang di usahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dan berkata): “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, dan berilah rahmat kepada kami, dan Engkaulah pelindung kami,tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir”.(QS 2:286)


Bersama…

Tiada yang mudah…tiada juga yang sukar…Kesusahan bersama kesenangan…

“Di dunia ini sebenarnya tiada kelazatan. Yang ada ialah istirehat sejenak setelah penderitaan panjang…”(Ibnu Al-Jauzi)

“Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan,” Kami telah beriman,” dan mereka tidak diuji?” (Al-Ankabut:2)


Ajarilah jiwamu

Ajarilah jiwamu untuk terbang tinggi, nescaya ia tidak akan suka dengan kerendahan.

Kenalkanlah kepadanya kemuliaan, nescaya ia akan membenci kehinaan.

Rasakanlah kepadanya kesenangan ruhani yang besar, nescaya ia akan meremehkan kesenangan jasmani yang kecil.

(Pelembut Hati: Muhammad Ahmad ar-Rasyid)


Mujahadah yang jiddiyyah


“Katakanlah (Muhammad), “Terangkanlah kepadaku jika sumber air kamu menjadi kering, maka siapa yang akan memberimu air yang mengalir?”(67:30)

Sungguh,  mudah bagi Allah untuk menyempurnakan apa yang Dia kehendakkan.

Manusia itu memang diciptakan berada dalam susah payah. (90:4)

Pilihan kita adalah untuk menyegerakan kepahitan dunia untuk kemanisan akhirat.

Mujahadah yang jiddiyyah takkan pernah kenal erti kalah.

Takkan pernah jemu untuk melangkah.

Takkan pernah cuba untuk tidak bertabah.

nota kaki: tarbiyyah bil ahdaf, tarbiyyah berorientasikan objektif/matlamat. semua itu ada nilai di sisi Allah. Belajar tu kan satu ibadah juga! 🙂